Restoran makanan barat yang diinspirasikan dari kotaraya New York, NY Steak Shack (NYSS) kini memperkenal 3 menu baru edisi terhad, Sizzling Steaks Special Edition.
Menarik daging stik di NYSS kali ini ia dihidangan secara sizzling di atas kuali leper secara panas-panas! Daging stik akan dimasak bersama hirisan bawang segar dan jagung bakar. Selain itu, diperasakan lagi dengan NYSS Steak Butter, hirisan bawang putih goreng dan sos lada hitam signature NYSS.
Tak lengkap rasa menu baru ini dengan minuman baru, NYSS juga melancarkan tiga mocktails dari buah-buah citrus segar, Orange Breeze, Minty Lime Cooler dan Lemonade Zest.
Seleksi pilihan 200gm atau 300gm daging tulang rusuk, striploin dan stik T-bone dari harga RM42.90 (termasuk GST dan caj servis), manakala minuman mocktails hanya RM6.20 atau RM8.90 untuk secara berasingan.
Sizzling Steaks Special Edition akan berada di NYSS bermula 8 Januari 2018 hingga 11 Mac 2018. Untuk maklumat lanjut atau pelbagai lagi promosi NYSS, layari https://www.facebook.com/nysteakshackmy/.