Makanan mampu mengubah kesihatan, tubuh badan dan mood seseorang itu. Sebab itu lah pengaruh makanan amat besar untuk perkembangan dan tumbuhbesaran. Tak baik makanan itu, maka tak baik lah kesihatan samada dalam jangka masa pendek atau panjang begitu juga sebaliknya.
Sebelum ini, Wanista pernah mendedahkan tips untuk mendapatkan saiz buah dada yang lebih besar dari saiz normal bukan? Antaranya penggunaan dari produk Vaseline dan teknik contouring dari Luna f(x), tapi perkongsian Wanista kali ini lebih kepada cara dalaman.
Rupanya dari pilihan makanan juga boleh mengubah saiz payudara anda lebih besar dan montok. Jenis makanan yang disenaraikan ialah tinggi estrogen dan hormon dimana ia boleh merangsangkan pembesaran payudara.
#1 Susu – komponen yang terdapat susu terutamanya susu lembu mengandungi estrogen, progesterone dan prolactin yang sangat bagus untuk pengeluaran susu. Dikatakan zarah hormon dalam susu boleh membantu pertingkatkan pertumbuhan tisu payudara.
#2 Makanan Laut – Udang, kerang, tiram, kepah malah rumpai laut antara makanan laut yang boleh merangsang pertumbuhan tisu payudara.
#3 Kekacang – Tinggi dengan lemak sihat, protein dan komponen estrogen. Tambah kekacang sebagai snek harian anda.
#4 Daging – Makanan yang tinggi protein sangat bagus untuk memberangsang saiz payudara.
#5 Sayuran Hijau – Sayur-sayuran hijau bukan sahaja meningkatkan sel tisu payudara malah ia juga menjadikan bentuk payudara lebih cantik dan mantap serta mengimbangi kadar hormon. Sayur seperti kubis bunga, kubis, brokoli, bayam baik untuk tubuh, kesihatan dan melawan radikal bebas merbahaya.
Jika anda mahu mengambil makanan diatas, pastikan ia diambil secara seimbang dan terkawal. Ini kerana makanan yang tinggi estrogen boleh memberi kesan kepada penyakit kanser. Jadi dapatkan nasihat dan rancang pemakanan anda serta awasi jika terdapat perubahan payudara yang mendadak.