Di mana dan bila-bila masa sahaja pun, sosialit Alexa Chung pasti akan tampil bergaya walaupun hanya mengenakan persalinan yang serba ringkas. Nama Alexa Chung di dunia fesyen memang terbukti tidak pernah pudar, biarpun ramai pendatang baru yang tidak kurang hebatnya tetapi pengkritik dan penggemar fesyen tidak pernah bosan dengan wanita kelahiran Inggeris ini.
Cakap sahaja label mewah, model kempen fesyen, barisi tempat duduk hadapan di setiap minggu fesyen dan pelbagai lagi, lengkap menjadikan wanita tinggi kurus ini ikon fesyen kegemaran dekad ini. Apa yang pasti, she’ll always be the number one source of style inspiration. Kan?
Tapi tidak pada kali ini malah penggiat fesyen melabelkannya sangat buruk ketika menghadiri 2017 Fashion Awards di Royal Albert Hall, London, England. Hurmmm… Tapi pada penulis ia nampak comel dan lari daripada kebiasaan Alexa yang selama ini kekal effortless.
Memilih dress polkadot bertali halus dari labelnya sendiri bersama satin buckle boots dengan princian kristal dari Roger Vivier, semuanya sempurna tapi bahagian boots kelihatan agak cacat sedikit.
Satin boots yang dipakai Alexa Chung kelihatan agak besar, seperti bukan saiznya jadi nampak messy di situ.
Penulis berkenan dengan solekan Alexa Chung, pembayang mata dipadankan dengan gincu bibir dari rona merah hati.
Apapun overall Alexa Chung nampak comel dan kenapa perlu kisah akan kata-kata orang kalau diri sendiri rasa selesa dan yakin dengan pilihan sendiri.