Supermoon adalah fenomena yang berlakuk apabila kedudukan bulan adalah paling dekat dengan bumi. Kejadian itu khabarnya boleh dilihat di Malaysia sekitar petang ini.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, imej bulan itu akan kelihatan 14peratus lebih besar serta 30 peratus lebih terang ketika ia berada berhampiran dengan bumi.
Menurut sumber, masa untuk menyaksikan Supermoon bermula pada jam 08:45 GMT pada 4 Disember (4.45 petang waktu Malaysia) ketika bulan berada pada jarak 357,492 kilometer dari Bumi.
Kali terakhir bulan berhampiran dengan bumi adalah pada 14 November tahun lalu iaitu pada jarak paling hampir pernah direkodkan selepas kali terakhir muncul sekitar 7 dekad lalu (26 Januari1948) pada 356,511 kilometer.
Bagaimanapun, pakar NASA, Lyle Tavernier turut mengingatkan bahawa walaupun bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, ia mungkin tidak kelihatan sebesar yang disangkakan oleh kebanyakan pihak.
“Perlu diingat bahawa peningkatan dalam saiz yang jelas boleh diliputi dengan tangan tidak akan menjadikannya kelihatan lebih besar. Membandingkan Supermoon dengan bulan penuh biasa adalah sesuatu yang sukar,” katanya
Tahun ini fenomena Supermoon skala kecil turut dapat disaksikan di seluruh dunia pada 24 Jun lalu dan saintis astronomi global meramalkan keadaan sebegini cuma akan muncul semula pada 25 November 2034 kelak.
Laporan Tentang Fenomena Supermoon Yang Pernah Berlaku 14 November 2016