Sama seperti kisah cinta, setiap gaun dari Bernard Chandran Bridal Collection memaparkan keunikan dan kelainan dalam inspirasi, rekaan dan inovasi.
Diinspirasikan dari pelbagai segi wanita moden, Bernard Chandran memperkenalkan tiga ‘wanita’ berbeza berjalan di pentas peragaan iaitu – the Fairy-tale Bride yang tinggal didalam acara romantis, the Vintage Bride wanita yang elegan dalam dunia moden dan the Contemporary Bride yang bersedia untuk mengetengahkan kualiti fesyen akan datang.
Legasi ini menunjukkan Bernard Chandran memahami tentang konsep perkahwinan ialah suatu perkara peribadi dan memerlukan banyak pendapat untuk menghasilkan gaun yang sempurna.
Gaun berinspirasikan kisah dogeng dan vintaj, mewah hingga sofistikated dan klasik tapi bergaya mempunyai perincian khas rangkaian tekstur fabrik yang indah dan megah. Butiran lengkap dengan batuan mutiara, kristal dan manik-manik perak.
Tidak dilupakan dengan eleman renda menambah karisma dalam sentuhan gaun. Sulaman badan jaket gaun bersesuaian untuk pilihan pengantin yang ingin tampil gaya ‘boho’ pada majlis perkahwinan.
Palet warna koleksi ini penuh dengan kejutan, bukan sahaja warna tradisi seperti putih, off-white, gold champagne terdapat juga warna merah, biru dan hitam.