Kalau buat sahaja ruangan carian tentang tutorial mekap di Youtube pasti keluar ratusan ribu tutorial mekap, ikut lah looks apa yang anda mahu semuanya ada.
Bila melihat para Youtuber beraksi dihadapan kamera sudah anda tertanya-tanya bagaimana mereka tampak begitu sempurna. Iyalah dari bare face terus menjadi tiptop bila sudah siap bersolek. Apa yang sebenarnya rutin mereka untuk tampak cantik dihadapan kamera?
Kalau anda pun mahu kelihatan sempurna bak para Youtuber terutamanya Beauty Youtuber, Wanista dah berjaya cari helah yang Youtuber buat untuk mereka tampak helok 24/7 di depan kamera.
# Kening
Seperti asas untuk beri bingkai sempurna pada wajah ialah bentuk kening. Sebelum anda nak berhadapan dengan kamera, sentiasa kening anda rapi diukir dan diberus.
# Bulu Mata Palsu
Lirikan mata yang menggoda bermula dengan bukaan mata yang galak. Rahsia? Bulu mata palsu yang mereka tidak pernah tinggal.
# Beauty Light
Bagi penulis inilah yang paling penting untuk beri hasil gambar dan video yang cantik. Namun harga untuk satu set beauty light bukan murah!
# Highlight
Yup, teknik untuk glowing bukan sahaja dari kulit bersih tapi sapuan highlight pada tulang pipi, hidung, bawah tulang kening dan cupid-bow bibir anda.
# High Coverage Foundation
Mana nak tutup parut jerawat, lingkaran gelap bawah mata, jerawat tengah ranum masak kalau bukan dengan litupan bedak asas bersama concealer.
# Keyakinan
Siapa sahaja yang boleh bercakap, mengajar tentang kecantikan kalau tidak keyakinan. Benar wanita yang paling yakin dengan dirinya ialah wanita yang paling cantik dan menyerlah!
Kalau anda rasa kurang pasti dengan helah diatas cuba anda lihat mana-mana Ada lagi tak yang Wanista lupa nak senaraikan?
p/s – penulis suka mengambil inspirasi dari Youtuber Nikkietutorials!