Baru sebulan yang lepas Wanista mengemaskini tentang Georgina Rodriguez, kekasih Cristiano yang sarat mengandung tapi gagah menemani teman lelakinya ke majlis anugerah.
BACA: Mengandung 8 Bulan, Teman Wanita Cristiano Ronaldo Tetap Versatil
Hari ini Georgina selamat melahirkan anak perempuan yang diberi Alana Martina dan si kecil baru ini merangkap anak keempat setelah yang sulung mereka Cristiano Ronaldo Jr. berusia 7 tahun kemudian lahir si kembar Mateo dan Eva pada Julai lalu hasil ibu tumpangan.
BACA: Comel Sangat! Cristiano Ronaldo Tayang Gambar Anak Kembar
Teruja dengan kelahiran bayi perempuan milik mereka, Cristiano segera berkongsi gambar mereka sekeluarga bersama bayi baru di akaun Instagram miliknya. Posting tersebut mendapat sehingga 5.3 juta likes!
Cristiano menulis kapsyen didalam Portugis bermaksud “Alana Martina baru sahaja dilahirkan! Geo dan Alana baik-baik sahaja! Kami semua sangat gembira!”.
Anak sulung Cristiano juga kelihatan begitu gembira dan paling menarik dia terus menjadi seorang abang kepada tiga orang adik sekaligus pada tahun ini! Namun sehingga kini, atlet bola sepak ini masih belum mendedahkan siapa ibu kandung kepada Cristiano Ronaldo Jr.
Diharapkan keluarga Cristiano bahagia selalu dan terus berkongsi perkembangan yang baik-baik kepada peminat.
p/s – bersalin pun nampak cantik jer Georgina.. jealous!