Jenama kasut TOMS telah mendapat banyak tempat dihati pengemar fesyen kasual di Malaysia. Sesuai dengan cuaca panas lembab, kasut TOMS sangat mudah dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Kasut trendy TOMS Alpargata telah diperharui dengan fabrik yang lebih selesa untuk peminat koleksi kasut klasik ini.
Getah ‘V’ yang terdapat di atas kasut khas untuk pemakai senang menyarung dan menanggalkan kasut. Antara ciri baharu dalam koleksi Monochrome Capsule ialah:
- mempunyai mikrofiber
- tapak monokrom
- rekaan klasik Alpargata
- getah ‘V’ untuk pemakaian yang lebih mudah
- tapak dalam kasut yang boleh ditanggalkan
- linen dari kapas
- luaran kasut dari getah untuk daya tarikan
Koleksi Monochrome Alpargatas lebih selesa dan lembut dan mempunyai 4 warna pilihan untuk gaya harian anda.
Selain itu, TOMS juga membuat aktiviti amal iaitu kempen ‘One for One‘ setiap pembelian kasut TOMS akan didermakan satu pasang kasut baharu kepada kanak-kanak yang memerlukan.