Satu demi satu kisah rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan kini bekas isteri Joy Revfa didedahkan.
Akhirnya jalan penyelesaian untuk segala kemelut ialah dengan penceraian. Setelah mendapatkan kata sepakat, Hafiz Hamidun telah menfailkan permohonan penceraian pada 12 Oktober lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 setelah lima bulan menempuhi alam perkahwinan dengan Joy Revfa.
Semalam, Hafiz telah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof. Menurut notis permohonan cerai tersebut antara alasan penceraian yang dikemukakan adalah tiada lagi persefahaman antaranya dengan isteri dan tiada lagi kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.
https://www.instagram.com/p/BasHKnzjUpO/?hl=en&taken-by=joyrevfa
Berdasarkan sumber dari Hangat.com, mahkamah telah menjatuhkan talak satu ‘ba-in sugrha’ kerana pasangan berkenaan tidak pernah melakukan hubungan kelamin dan tiada tempoh iddah untuk wanita. Malah kedua-duanya juga bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan dan jika mahu kembali rujuk, mereka harus bernikah semula.
Hafiz dan Joy Revfa telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei lalu. Joy Revfa pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.