Orang kata bila dah kemaruk nak nampak muda selamanya, apa sahaja sanggup dilakukan.
Tidak terkecuali aktres dari Jerman, Manoush, 45 tahun, yang sanggup membahayakan nyawanya sendiri dengan menyuntik bakteria berusia 3.5 juta tahun yang ditemui di Siberia, semata-mata mahu kelihatan muda.
Dilaporkan, Manoush telah menyuntik ekstrak Bacillus F ke dalam darahnya sejak tiga bulan lalu dan mendakwa bakteria itu menjadikan wajahnya kelihatan muda.
Bakteria berkenaan ditemui oleh saintis di barat laut Rusia pada 2009. Bacilus F tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan dan dikatakan jawapan untuk meningkatkan kesihatan dan umur manusia.
Suntikan bakteria itu merupakan kaedah terbaru yang digunakan oleh Manoush untuk kelihatan muda selepas menjalani pelbagai pembedahan plastik sejak 20 tahun lalu.
“Kini kulit saya lembut seperti bayi. Anda tidak melihatnya dalam gambar tetapi jika anda melihat secara depan, anda pasti boleh mengesannya, tiada langsung tanda atau kecacatan. Saya rasa kulit saya cantik,” terang Manoush.
Menurutnya, walaupun keluarga menentang, namun dia tidak peduli. Ia mungkin tidak menjadikan kulitnya muda seperti remaja tetapi suntikan ini membantu Manoush hidup lama hingga 80 ke 90 tahun.
Apa kata anda? Wanita ini nampak muda tak selepas lakukan suntikan bakteria?