Jenama fesyen terkemuka dari Sweden, Monki kali ini meraikan musim Luruh/Sejuk 2017 dengan seleksi helaian fesyen yang dibuat berasaskan denim bermutu.
Diperbuat dari 100% kapas organik, MONKI percaya bahawa stail bold yang popular sekitar 90-an dahulu mampu mengembalikan zaman kegemilangan denim.
Bagi mewujudkan aura trend fesyen semasa, MONKI turut menerapkan beberapa perincian eksentrik pada setiap satu helaian dalam koleksi Straight Up Denim Gold ini seperti sulaman riben, motif tampalan serta tekstur lusuh.
Bukan itu sahaja, koleksi denim ini turut ditemani pilihan baju serta aksesori menarik yang boleh dipadankan bersama.
Keseluruhan koleksi Straight Up Denim Gold sudah boleh didapati di semua cawangan MONKI seluruh Malaysia!