Rakyat Malaysia kini boleh turut serta dalam memilih pemenang Pertandingan Rekaan Trak #happinessinthecity Lafarge Malaysia dengan mengundi rekaan pilihan mereka dari kalangan 14 rekaan yang disenarai pendek.
Terbuka kepada pelajar daripada semua kolej dan universiti tempatan, pertandingan rekaan pertama kali diadakan bagi lori tangki simen dan trak konkrit di Malaysia ini adalah sebahagian daripada kempen “Happiness in the City” Lafarge Malaysia.
“Kami menganjurkan Pertandingan Rekaan Trak #happinessinthecity sejajar dengan matlamat kami untuk menjadikan bandaraya lebih gembira dan tampak lebih cantik. Kami percaya apabila trak Happiness kelihatan, ia akan mengukir senyuman dan menyemarak mood positif, kerana kebanyakan daripada kita tidak menjangka akan dapat melihat lori tangki simen dan trak konkrit yang berwarna-warni dan cantik,” kata Thierry Legrand, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge Malaysia.
Orang awam boleh melihat foto lori tangki dan trak yang telah dicat di laman Facebook Lafarge Malaysia, selain melihat trak itu di atas jalan raya melakukan tugasan harian di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Tiga rekaan paling popular berdasarkan undian awam berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM6,000.
Undian orang ramai bagi rekaan trak bermula 1 Ogos dan berakhir 15 Ogos 2017, dan pemenangnya akan diumumkan seminggu kemudian. Untuk mengundi, layari https://www.opinionstage.com/polls/2453443 atau www.facebook.com/LafargeMalaysia. Setiap orang hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk rekaan kegemaran mereka.