Jika anda melihat gambar bintang street style di media sosial, pasti anda cemburukan gambar mereka, ianya tampak sungguh natural walhal mereka juga berhempas pulas posing sakan untuk mendapatkan shoot yang menarik.
Selain fesyen yang first class, teknik mekap, cara posing juga memainkan peranan. Bukankah lebih baik jika anda mengambil gambar secara candid agar terlihat lebih natural.
Baca: Nak Nampak Fotogenik Dalam Gambar? 6 Tips Mekap Boleh Bantu
Wanista kongsikan beberapa trik terbaik untuk menghasilkan gambar street style yang kelihatan profesional, layaknya seperti seorang bintang street style.
Bersandar
Dinding ialah salah satu keperluan wajib jika anda ingin mengambil gambar OOTD. Cubalah pose dengan gaya menyandar secara santai, seolah-olah seperti tidak pose.
Crosswalk
Biarkan photographer menangkap gambar anda sedang berjalan, melintas ataupun saat melihat lampu isyarat.
Smartphone
Rasanya tak perlu pose untuk mendapatkan gaya ini. Photographer hanya perlu mengambil gambar ketika anda sibuk bermain telefon pintar atau sedang bercakap di telefon. Asalkan memang nampak natural.
Toleh ke belakang
Lagi satu yang boleh anda cuba adalah dengan menoleh sedikit ke belakang, tetapi secara sipi sahaja. Berjalan, kemudian menolehlah ke belakang dan tersenyum dari balik bahu.
Pandang ke bawah
Untuk mencipta ilusi kaki lebih panjang, cubalah ambil angle dari samping di mana anda tengah berjalan sambil melihat ke bawah. Cuba sedaya mungkin agar kelihatan natural.
Mudahkan? Sekarang anda boleh ambil gambar seperti mereka.