Kemusnahan yang dibawa oleh si patung licik Annabelle telah membunuh ramai mangsanya. Kejam dan dihasut dengan kuasa sihir jahat tidak mungkin Annabelle kembali seperti anak patung yang biasa.
Menjadi tanda tanya siapakah disebalik Annabelle? Apakah yang membuat Annabelle terus menjadi gila? ANNABELLE CREATION, satu-satunya jawapan untuk semua peminat tegar filem seram. Ini adalah filem prequel wajib untuk ditonton selepas Annabelle 2014 dan merupakan siri keempat The Conjuring.
Mengisahkan seorang pembuat anak patung dan isteri yang telah kematian anak perempuan. Selepas 20 tahun kematian anaknya itu, mereka mengambil keputusan untuk menjadikan rumah mereka sebagai rumah kebajikan untuk biarawati dan gadis-gadis yatim piatu. Namun si pembuat anak patung telah menghantar sihir jahat kepada patung Annabelle dan menghantui hidup para gadis…
Siapa, apa dan mengapa di dalam tubuh sebuah anak patung Annabelle bakal terbongkar di dalam filem ANNABELLE CREATION…
Yang pasti penulis yakin semua peminat Annabelle tidak sabar untuk menonton sekuel ini. Oleh itu, Wanista berbesar hati untuk memberi 15 pas eksklusif menyaksikan filem ANNABELLE CREATION yang diterbitkan oleh New Line Cinema dan diedarkan oleh Warner Bros. Pictures.
Filem : ANNABELLE CREATION
Tarikh: 9 Ogos 2017
Masa: 8.45 malam
Tempat: GSC Mid Valley
Untuk menanginya, anda hanya perlu jawab slogan mudah dibawah ini.
Syarat Pernyataan:
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
2. Peraduan ini hanya sah dari 27 Julai 2017 sehingga 6 Ogos 2017.
3. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Wanista akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling menarik sahaja.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.
5. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem ANNABELLE CREATION pada 9 Ogos 2017 jam 8.45 malam di GSC Mid Valley.
Sertai Wanista sekarang!