Wanita ini merupakan pemenang pertandingan punggung paling cantik di China.
Walaubagaimanapun, siapa sangka miliki punggung cantik juga ada azabnya. Empunya diri, Gao Qian, 19, menjelaskan punggung cantik yang dimiliki tidak membolehkan dia untuk memakai pakaian ketat kerana orang ramai akan mengelilinginya untuk melihat punggungnya itu.
Disebabkan itu dia hanya memakai pakaian longgar dan besar setiap kali keluar. Gao juga memberitahu dia pernah berasa malu apabila sepasang kekasih bergaduh di depannya hanya kerana si lelaki memuji punggung Gao di depan teman wanitanya.
Dia yang berasal dari Shenyang, menyertai pertandingan punggung paling cantik itu di sebuah pusat beli belah pada 24 Jun lalu. Pertandingan berkenaan menyerupai pertandingan popular di Brazil iaitu Miss BumBum.
Gao merupakan pelatih peribadi separuh masa dan juga vlogger popular. Dia menghabiskan masa selama enam jam di dalam gim untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Mungkin ada rasa punggungnya tidak asli, tetapi Gao menjelaskan punggungnya adalah asli dan tidak pernah memasukkan sebarang implan.
Menangis Kim Kardashian tengok punggung Gao ni. Kalau anda ingin lihat susuk punggung wanita muda ini, boleh lihat di link berikut.