Berapa kali anda selfie untuk dapatkan perfect selfie? Angle yang sama tapi beratus kali selfie kerana tidak puas hati?
Baru-baru ini, Team Wanista sempat meluangkan masa bersama duta rasmi vivo Dato Siti Nurhaliza ketika sesi pelancaran vivo V5s yang dapat memberikan pengalaman swafoto (selfie) terbaik di mana sahaja berada.
Menurut Dato Siti, beliau juga sama seperti kita semua sukakan selfie bahkan boleh selfie sebanyak 5 kali sehari, lebih-lebih lagi jika terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dikongsikan kepada peminat.
Bila ditanya rahsia untuk mendapatkan selfie sempurna tanpa sebarang cacat cela? Dato Siti menjelaskan telefon pintar vivo V5s sememangnya terbaik!
vivo V5s tersohor dengan fungsi kamera hadapannya, kamera ini dilengkapi dengan sensor IMX376-megapiksel dan ciri Selfie Spotlight menghasilkan efek cahaya studio fotografi yang membolehkan pengguna untuk merakam kecantikan diri di dalam apa jua keadaa. Ia menjanjikan gambar yang diambil jelas, terang dan menyerlah dengan setiap imej.
“Satu lagi yang Siti suka adalah vivo V5s hadir dengan mod Face Beauty 6.0, fungsi ini dapat mencantikkan lagi selfie serta tidak perlu lagi untuk edit berlebihan bagi mendapatkan perfect selfie,” jelasnya.
Face Beauty 6.0 secara automatik mengubah ketetapan mengikut situasi, mata anda boleh menjadi lebih berkilau dan kulit muka anda akan menjadi lebih cerah. Tiga fungsi baru yang telah ditambah – mengilap, mencerah dan tona kulit. Face Beauty 6.0 boleh memenuhi keperluan pengguna yang lebih khusus dalam pelbagai situasi berlainan.
vivo V5s juga meambahkan mod Group Selfie. Fungsi ini membolehkan anda mengambil selfie berkumpulan dalam mod potret dan juga efek panning landskap panomara boleh digunakan pada masa yang sama. Jadi, anda boleh selfie tanpa meninggalkan sesiapa pun.
Kekangan storan dalaman, menyebabkan kita stress kerana terpaksa membuang gambar, tetapi tidak pada vivo V5s. Untuk memori, vivo V5s disokong oleh 4GB RAM dan 64GB storan dalaman, yang boleh ditambah dengan kad microSD sehingga 256GB. vivo V5s memberikan anda kebebasan, dengan bateri 3,000 mAH yang besar dan tahan sepanjang hari.
Bukan itu sahaja, vivo V5 s mempunyai fungsi App Clone yang membolehkan anda menjalani dua kehidupan serentak di dalam telefon. Ia membenarkan anda mempunyai dua akaun sosial media untuk digunakan secara serentak. Aplikasi yang disokong App Clone termasuklah Whastapp, Line, WeChat, BBM, Zalo dan Viber untuk akaun-akaun yang berasingan digunakan dengan serentak.
Jadi, anda inginkan selfie yang sempurna seperti Dato Siti? vivo V5s tawarkan tiga pilihan warna – Matte Black, Gold dan Rose Gold dan dijual pada harga RM1,299.