Warrior, merupakan minuman tenaga sparkling yang serba baharu dengan usaha untuk membantu pengguna ‘menyerlahkan keyakinan dan keberanian’ dan semangat kepahlawanan mereka dengan dua perisa hebat – zesty lemon dan fruity strawberry.
Diperkaya dengan kebaikan vitamin B dan C, masing-masing untuk meningkatkan daya tumpuan dan keimunan serta ekstra ginseng untuk menambah tenaga. Warrior menawarkan daya kecerdasan yang amat diperlukan untuk mara ke hadapan dalam menjalankan tugas harian dengan keberanian, keyakinan dan ketangkasan bak seorang wira!
Warrior boleh didapati di kedai serbaneka terkemuka dan kedai di stesen minyak terpilih, kedai-kedai runcit, pasaraya dan pasaraya besar pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM2.10 – 2.30 setin (bergantung kepada peruncit). Untuk maklumat lanjut mengenai Warrior, sila layari www.facebook.com/WarriorSparklingEnergyMY dan www.instagram.com/WarriorSparklingEnergyMY.