Fave mengumumkan mulai hari ini Groupon Malaysia, yang terkenal dengan reputasi ‘go-to site’ bagi mendapat diskaun dan tawaran khas, kini digabungkan di bawah satu jenama dan beroperasi sebagai Fave.
Integrasi ini bakal memantapkan penerimagunaan Fave, yang kini app No. 1 di iOS App Store yang khusus untuk makanan dan minuman. Fave bakal mewarisi pangkalan pengguna Groupon, dan melonjakkan jenama Fave menjangkau khidmat kepada gabungan lebih 3 juta pelanggan sedia ada.
Di Fave hari ini, para pelanggan berupaya mendapat tawaran terbaik dari pelbagai peniaga yang antaranya termasuk Westin Hotel, Red Box, Le Méridien Hotel, La Juiceria, KL Tower Atmosphere 360, Kenny Rogers Roasters, Coliseum, Tutti Frutti, Outback Steakhouse, dan Morganfield’s. Fave, di peringkat seluruh negara, menyenarai lebih 2,000 perniagaan tempatan yang merangkumi restoran, spa, pusat kecergasan, hotel dan banyak lagi.
Menerusi peralihan lancar yang memanfaati para pelanggan dan peniaga sedia ada Groupon, kesemuanya secara serta merta, akan menikmati tawaran dan insentif menarik dengan Fave. Pelanggan juga layak mendapat diskaun ekstra 15 peratus bagi setiap pembelian sulung apabila mengguna kod promosi GOFAVE, yang sah sehingga 28 Februari 2017.
Fave boleh diperoleh percuma di App Store dan Google Play Store, dan boleh dilayari terus dalam talian di www.myfave.com.