Nestle Bliss adalah rangkaian air minuman segera berperisa yang baik untuk proses penghadaman dalam badan manusia. Justeru, baru-baru ini, Nestle Biliss berasa terpanggil untuk menerbitkan sebuah siri realiti serba baharu yang berkonsepkan Transformasi Diriku bertujuan mencetus perubahan dari sudut cara rakyat Malaysia menjaga kesejahteraan diri dengan memelihara kesihatan sistem penghadaman dengan baik.
Pecarian “BINTANG BLISS” dilancarkan buat julung kalinya berikutan personaliti popular Youtube Malaysia, Daiyan Trisha yang menjadi ikon serta sumber ilham Nestle Bliss tatkala dirinya berani berhadapan dengan umum melalui lensa kamera, menampilkan wajah sebenar sambil menanggalkan solekan. Daiyan menerangkan bahawa kecantikan sebenar adalah bermula dari dalam.
https://www.youtube.com/watch?v=l46spUqXjqE
Video log yang berdurasi 1.53 minit itu menjadi viral dan mencetuskan pelbagai reaksi hingga menarik minat pelakon, model dan pengacara TV tempatan, Siti Saleha untuk bekerjasama dengan Nestle Bliss dalam melahirkan sebuah siri transformasi yang bermula dengan kesihatan dalaman.
Wilfrid Foo, Pengurus Eksekutif Perniagaan bahagian produk Tenusu Dingin Nestle Malaysia berkata, “Kami sentiasa mencari cara-cara yang mudah untuk kelihatan hebat dan berkeyakinan. Projek Bliss Transformasi Diriku merupakan satu platform positif untuk masyarakat manampilkan manfaat daripada pemeliharaan sistem penghadaman yang sihat.”
Oleh itu, anda semua dicadangkan untuk mengambil minuman Nestle Bliss setiap hari untuk kebaikan tubuh serta menjadikan rutin pengambilan makanan tambahan ynag sihat lagi lazat ke dalam rutin harian. Apabila dalaman anda sihat dengan sejahtera, ianya turut akan terpancar melalui kecantikan fizikal bahkan lebih bersinar.
Uji bakat akan diadakan untuk mengenal pasti lapan orang finalis yang bakal menyertai Projek Bliss Transformasi Diriku. Dalam kelapan-lapan episod web tersebut, para peserta akan beroleh pengetahuan dan tip-tip berguna tentang dandanan, kecergasan dan pemakanan daripada para mentor.
Mereka juga akan menjalani beberapa cabaran mengejut bagi melalui peringat penyikiran. Pemenang akan dimahkotakan dengan gelaran BINTANG BLISS yang pertama! Siri yang akan diacarakan oleh Siti Saleha ini bakal menampilkan tiga orang mentor yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu Wong Yu Jin sebgai mentor kesihatan dan kecergasan, Joanna Soh sebagai mentor nutrisi dan termasuklah Siti Saleha sendiri sebagai mentor keyakianan diri.
Peserta berpeluang menerima wang tunai sehingga RM77,000 termasuk hadiah utama yang berupa lawatan ke kota Paris untuk dua orang!
Projek Bliss Transformasi Diriku adalah kerjasamaa antara Radio Astro dan Nestle Bliss. Ia akan mula ditayangkan pada Mei 2016 di portal digital Astro Gempak www.astrogempak.com.my.
Jika anda berminat, anda boleh menghantar borang penyertaan melalui pos, secara atas talian, mahupun ketika siri jelajah Projek Bliss Transformasi Diriku yang akan berlangsung di seluruh negara. Tarikh tutup adalah pada 24 Mac 2016.
Untuk maklumat lanjut, sila layari projekbliss.com.my