Guestbook kreatif, unik dan menarik memberi sedikit faktor yang luar biasa malah meriah kepada majlis perkahwinan anda. Apatah lagi tetamu yang hadir pasti teruja nak tulis nota indah buat kedua mempelai.
Ini Wanista berikan beberapa idea luar biasa yang boleh anda buat untuk guestbook di majlis bahagia nanti.
Buku Foto – Masa bercinta, pasti anda banyak gambar bersama. Daripada beli buka autograph, apa kata anda DIY buku foto dengan meletakkan seberapa yang boleh gambar anda berdua. Lagi satu tak semua buku autograph yang jual menepati dengan kehendak anda, bukan? Satu atau dua memadai supaya ada banyak ruang untuk tetamu menulis ucapan bermakna.
Poskad – Lagi satu idea yang boleh cuba adalah dengan menulis di poskad. Selalunya pergi melancong ke sana sini, pasti anda akan membeli poskad. Jadi, cuba cari kelainan dengan meminta tetamu menulis ucapan di poskad, selepas itu boleh diletakkan di dalam kotak atau bekas kaca dan dijadikan dekorasi rumah.
Polaroid – Polaroid. Apa kata anda letakkan kamera polaroid anda di meja guestbook dan biarkan tetamu anda selfie dan letakkan gambar mereka di dalam guestbook. Jika anda mahu, anda boleh juga meletakkan kamera digital, dan portable photo printer.
Sampul Surat – Mungkin anda boleh sediakan kad kecil dan sampul surat yang sepadan. Biarkan tetamu anda tulis ucapan di dalam kad tersebut dan minta mereka tulis nama mereka di atas sampul surat. Bila anda kelapangan, anda dan pasangan boleh membacanya. Tambah romantik bila mengenang kembali saat bercinta masa muda.
Buku Kalendar – Setiap tetamu yang hadir diminta menulis ucapan di kotak tarikh lahir mereka, satu cara yang sweet dan kreatif untuk anda mengetahui peristiwa-peristiwa penting mereka dalam masa terdekat.
Puzzle – Puzzle berbentuk potret anda berdua, tak kisahlah apa gambar sekalipun asalkan yang romantik. Tetamu yang hadir diminta meninggalkan komen peribadi di bahagian belakang puzzle. Sangat fun bila melihat tetamu memilih bahagian gambar yang mereka suka.
Karikatur Sign-In Board – Kalau ada duit lebih, tak salah jika mengupah seorang karikatur untuk melukis potret anda berdua. Jemput tetamu untuk menandatangi dan menulis ucapan selepas tiba di majlis hari bahagia. Ia agak melucukan!
Fingerprint Idea – Pastikan ada tisu yang banyak untuk tetamu anda membersihkan cap jari di tapak tangan nanti! Jemput tetamu untuk menambah cap jari mereka mengikut bentuk daun. Cara sebegini sangat kreatif dan boleh dijadikan hiasan untuk rumah baru nanti.
Date Jar – Hanya sediakan bekas kaca yang besar, minta tetamu menulis nota manis untuk anda dan pasangan dan masukkan ke dalam bekas tersebut. Satu cara untuk mengisi kehidupan harian anda dengan perkara-perkara yang indah dan kenangan manis.
Pinggan – Selepas meninggalkan ucapan pada pinggan, bakar dalam ketuhar rumah anda untuk perlindungan yang baik bagi mengelakkan mesej hilang dan tahan untuk masa yang lama.
Gitar – Anda merupakan seorang musician? Mungkin anda boleh meminta tetamu menulis ucapan mereka di koleksi gitar anda. Bila anda ingin bermainnya, anda dapat lihat dan baca setiap ucapan yang ditulis tetamu.
Pelekat Belon – Gantikan guestbook yang tradisional dengan pelekat belon yang berwarna-warni. Minta tetamu untuk menulis nota indah dan letakkan di poster board. Pastikan ianya colorful jadi baru meriah hari bahagia anda.