Zaman sekarang ini, semua benda kita boleh buat secara online, termasulah meniaga. Kini, seolah-olah menjadi satu trend peniaga mensasarkan Facebook dan Instagram untuk menjual dan mempromosikan barangan mereka.
Siapa suka makan jem? Jem strawberi, kiwi, mangga, durian, coklat atau apa sahaja? Ini ada beberapa akaun Facebook/Instagram yang menjual jem boleh anda semak. Jem mereka ini bukan sahaja sedap tetapi juga dipromosikan dengan cantik dan menarik sekali. Cantik Menarik Tertarik, Kau Memang Dabomb!
Michelle’s Artisan Fruit Spread
Segalanya buatan sendiri. Diperbuat daripada buah-buahan segar dan bebas dari segala bahan tambahan tiruan. Kiranya memang rasa kemanisan jus buah-buahan sebenar! Jem yang menjadi pilihan ialah roselle & apple, soursop, mango & passionfruit, persimmon, dragon fruit with rose, bahkan juga ada jem pisang dan durian mengikut musim.
Jem ini juga boleh didapati di kedai-kedai Cold Storage di Solaris Mont Kiara, The Gardens dan 1 Utama, Jasons Food Hall di Bangsar Shopping Centre. Anda juga boleh membeli secara online di Freshcart.
Di sini tidak terhad pada jem buah-buahan sahaja, mempunyai pilihan lain seperti maple cinnamon almond, cookie dough almond, cookie dough cashew dan dark chocolate cashew. Yang pasti semuanya menggunakan bahan semulajadi dan selamat paling penting sedap dimakan.
Selain secara online, Nut Enough boleh didapati di Village Grocer di Bangsar Village, Mont Kiara dan Sunway Giza; Jaya Grocer di Jaya 33, USJ 21, Mutiara Tropicana, Empire Subang dan The Intermark; Ben’s Independent Grocer in Publika; dan The Red Cherry di The School, Jaya One.
Mereka juga mempunyai akaun Instagram yang boleh anda lihat.
Jika anda sukakan kemanisan dan kelazatan mangga, jem ini harus anda cuba. Kelainan jem buatan sendiri dengan variasi buah-buahan tropikal memberikan keunikan Mangolicious yang tersendiri. Perisa jem mereka termasuklah Original Mango, Mango with Pineapple dan Mango Kaya, malahan untuk sesuatu yang tidak manis, cuba Mango Chutney.
Nak beli secara online, anda boleh semak Instagram dan Freshcart. Jika, anda ingin datang dan cuba, Mangolicious boleh didapati di The Red Cherry di The School, Jaya One.
Dari ladang strawberi terus kepada jem malah dibuat sambal. Memang cukup unik! Bermula di Cameron Highlands, Abang Strawberry menyediakan beberapa aneka jem seperti Strawberry Jam, Strawberry Sambal dan paling legend adalah Salted Fish Strawberry Sambal. Bunyi macam pelik pulakkan? Iyelah strawberi bersama ikan masin, apa agaknya rasanya.
Nak pergi Cameron Highlands macam agak jauh, jangan risau sebab anda masih boleh beli jem di Sweet Treats Boutique Cafe, Shah Alam dan Hotspot by Irina di Seremban.
Siapa yang tak ada Facebook, boleh tengok dekat Instagram.
Berikut adalah satu lagi idea untuk mendapatkan jem buah-buahan buatan sendiri. Kesemua jem Nicole’s Kitchen MSIA dibuat dari buah-buahan semula jadi tanpa tambahan perasa tiruan, warna dan bahan pengawet. Antara jem yang popular seperti Mango Lime, Apple Rose, Strawberry dan Pineapple Lime.
Tipulah kalau anda tak sukakan karamel. Sesiapa yang giler karamel, boleh dapat di Gimme Shelter. Di sini bukan sahaja menjual jem karamel tetapi juga biskoti yang dibuat daripada bahan-bahan segar sahaja. Untuk makluman anda, harga bagi sebalang karamel adalah RM30 manakala harga bagi sekotak biskoti ialah RM10. Berbaloikan?
Peanut Butter Factory memberi kepuasan kerana jemnya yang tanpa minyak, tiada tambahan gula dan bahan pengawet. Rasa mentega kacang yang tebal dan berkrim membuatkan anda ketagih. Mentega kacang berperisa termasuk Kaya, Cranberry dan Chocolate Chip. Alternatif untuk Cashew Butter, Almond Butter dan Hazelnut Chocolate.