Bila sekadar hero tidak memadai, dunia memerlukan legenda-legenda. Daripada pencipta The Flash dan Arrow, siri terbaharu DC telah tiba! DC’s Legends of Tomorrow akan ditayang perdana di Warner TV (Hypp TV Saluran 613) pada hari sama ditayang di AS pada Jumaat, 22 Januari pukul 9.00 malam.
Siri menarik ini yang merangkumi 16 bahagian membawa penonton di Malaysia cerita adiwira serba baharu yang tidak pernah ditonton sebelum ini di televisyen. Sertai penyangak pengembara masa Rip Hunter menghimpunkan sekumpulan adiwira dan penjahat yang berbeza-beza bagi berhadapan dengan ancaman yang tidak dapat dihalang. Vandal Savage, penjahat paling berkuasa dalam alam DC Comic telah tiba dan kini bukan sahaja planet terancam, tetapi juga masa itu sendiri.
Peminat-peminat francais DC kini boleh mengalu-alukan watak kesukaan mereka seperti The Atom, White Canary, Captain Cold dan Heatwave berganding bahu dalam pertempuran epik antara jahat dan baik. Siri-siri ini juga menyaksikan pengenalan watak baru yang menarik dari dewa DC Comic.
Memaparkan barisan pelakon yang gigemari DC’s Legends of Tomorrow ialah Victor Garber sebagai Dr. Martin Stein (‘The Flash’, ‘Alias’), Brandon Routh sebagai The Atom (‘Arrow’, ‘Superman Returns’), Arthur Darvill sebagai Rip Hunter (‘Doctor Who’), Caity Lotz sebagai White Canary (‘Arrow’), Ciarra Renee sebagai Hawkgirl (‘Pippin’), Falk Hentschel sebagai Hawkman, Franz Drameh sebagai Firestorm (‘Edge of Tomorrow’), serta Dominic Purcell sebagai Heatwave (‘The Flash’, ‘Prison Break’) dan Wentworth Miller sebagai Captain Cold (‘The Flash’, ‘Prison Break’).
Jangan ketinggalan menonton tayangan perdana DC’s Legends of Tomorrow di seluruh Asia pada Jumaat, 22 Januari, pukul 9.00 malam secara eksklusif di Warner TV (HyppTV Saluran 613) dan aplikasi mobil HyppTV Everywhere.
Untuk maklumat lanjut tentang Warner TV, sila lawat www.warnertvasia.com atau laman Facebook Warner TV www.facebook.com/warnertvasia.