Visa dan Maybank hari ini melancarkan Maybank Visa Payband, alat pembayaran tanpa sentuh yang boleh dipakai yang pertama di Malaysia. Maybank Visa Payband membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran tanpa sentuh dalam masa beberapa saat saja, menggunakan teknologi tanpa sentuh Visa payWave di lebih dari 1,000 lokasi diseluruh negara.
Rakyat Malaysia sedang menuju kearah menjadi satu masyarakat tanpa tunai dan ianya sudah menjadi satu kelaziman berdasarkan kajiselidik Tabiat Pembayaran Konsumer Visa. Berdasarkan kaji selidik ini, 95 peratus daripada responden dari Malaysia mengatakan bahawa mereka lebih berkemungkinan untuk melawat premis perniagaan yang menerima pembayaran tanpa sentuh berbanding yang tidak menerimanya, satu peningkatan sebanyak 7 peratus berbanding tahun 2014.
“Visa amat gembira untuk bekerjasama dengan Maybank untuk melancarkan alat pembayaran tanpa sentuh yang boleh dipakai yang pertama di Malaysia. Kami percaya bahawa penerimaan alat pembayaran tanpa sentuh yang boleh dipakai ini akan diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia dan akan digunakan untuk mengganti wang tunai khususnya untuk acara-acara, konsert, dan taman-taman tema, menjadikannya lebih mudah dan menyenangkan untuk para pengguna.
“Bagi membantu Malaysia menjadi masyarakat tanpa tunai, ianya penting untuk kami mengambil langkah-langkah untuk menggantikan wang tunai ditempat-tempat seperti ini yang sebelumnya selalu menggunakan wang tunai, terutamanya di acara-acara dan taman tema, dimana pembayaran seperti bayaran masuk dan minuman merupakan bayaran jumlah kecil,” kata En. Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia.