Apa itu amalan berpantang?
Berpantang atau post partum dan puerperium dalam bidang perubatan adalah satu proses yang berlaku selepas wanita bersalin.
Biasanya tempoh waktunya adalah 42 hari atau 6 minggu. Jadi tubuh badan wanita ini biasanya berada dalam perubahan hormon dan amat senang dijangkiti kuman jika diabaikan penjagaannya. Selain itu, berpantang juga dapat kembalikan tubuh badan ibu seperti sediakala.
Kenapa perlu berpantang?
- Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi.
- Membetulkan peredaran darah.
- Mengurangkan angin daripada badan.
- Mengurangkan sakit kepala.
- Melancarkan pengaliran susu badan.
- Mengelakkan angin meroyan dan postnatal depression.
- Membantu menstabilkan emosi.
Sebenarnya cara moden dan tradisional boleh digabungkan asalkan ianya bersih dan tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.
Tips
- Untuk mengurangkan risiko luka ketika menyusu dan bersalin : Menyapukan minyak zaitun pada putting payudara dan vagina.
- Menyokong bahagian belakang anda/ pembedahan Caesarean : Gunakan surgical binders atau bengkung. Bengkung juga dapat mengembalikan bentuk badan asal dan struktur sendi ibu.
- Melancarkan peredaran darah dalam badan : Spa terapi atau berurut.
Cara rawatan pantang tradisional
- Mandian herba : Air direbus dengan serai wangi, halia, limau purut. Membantu melancarkan peredaran darah, kembalikan mood dan membuang angin ( halia ).
- Urut poin detoks. Boleh dilakukan sendiri ataupun dengan bantuan suami. Untuk menyahtoksik dan melancarkan peredaran darah. Ianya boleh dilakukan sebelum tidur dan selepas bangun tidur selama 15 minit. Antara poin : belakang leher, bawah ketiak, hulu hati, belakang pinggang, celah kelengkang, pelipat kaki dan buku lali.
- Urutan penyusuan susu. Untuk melancarkan pengaliran susu ibu. Urutan di bahagian belakang payudara hendaklah dilakukan 2 kali sehari selama 10 minit.
- Elak bengkak susu : Urut dalam bentuk pusingan jam di atas payudara.
- Hangatkan badan ibu bersalin : Ini kerana urat mengembang selepas bersalin. Jadi amalan bertungku dapat membantu hangatkan badan. Jika ibu berasa sejuk, itu tandanya urat mengembang dan angin mudah masuk. Lakukan selepas mandi pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur.
- Membakar lemak dan perut buncit : Rawatan tapel perut. Tapel adalah campuran kapur,perahan limau. Rawatan ini mengambil masa yang lama untuk perut kembali kempis. Jadi, ianya perlu dilakukan secara berdisiplin selepas tamat tempoh berpantang. Oleh kerana sapuan kapur akan membuatkan perut hangat, jangan sapu terlalu lama.
- Membentuk semula bahagian pinggang dan perut : Berbengkung. Ia juga dapat mengawal pemakanan ibu semasa berpantang. Pakai bengkung 2 kali sehari minimum 4 jam setiap kali pakai.
- Menghilangkan masalah keputihan, nyahkan bau kurang menyenangkan dan ketatkan rahim dan vagina : Rawatan bertangkas. Bakar arang bersama manjakani dan daun sireh. Proses rawatan in dilakukan minimum 20 minit sekali sehari.