Puteri Kate Middleton, nama kerap menjadi perhatian kerana selalu menampilkan wajah dan penampilan yang menarik serta anggun. Setiap sudut keperibadian, pakaian yang dibawa oleh Kate tertumpu pada beribu-ribu mata lensa setiap kali menghadiri pelbagai acara istana dan kebajikan.
Walaupun Kate membawa imej ‘sempurna’, namun ada sesuatu yang menganggu. Jari si puteri itu didakwa kerap ditampal dengan plaster luka.
Tidak pasti kenapa jari Kate diplaster, laporan dari pihak istana tidak pula memberitahu apa-apa mengenai ini.