World Vision Malaysia (WVM), sebuah organisasi kemanusiaan dan kebajikan kanak-kanak antarabangsa telah menyambut ulang tahun ke-20 mereka. Sejak 1997 WVM membantu kebajikan kanak-kanak dan keluarga miskin dari segi pendidikan, penjagaan asas kesihatan, air bersih, nutrisi dan banyak lagi melalui program penajaan.
Organisasi ini juga mengalakkan penglibatan wanita menerusi latihan vokasional yang membina kemahiran dan produk atau kraf yang dihasilkan oleh mereka dibawa ke pasaran. Sehingga hari ini 43,000 rakyat Malaysia menaja lebih dari 57,000 kanak-kanak dan komuniti terpinggir di 15 buah negara.
Majlis sambutan ulangtahun WVM diadakan di Hotel Boulverad dan dihadiri Pengarah Eksekutif WVM Dato’ Ir K J Abraham dan selebriti yang selama ini menyokong WVM iaitu – Francissca Peter, Emily Chan, Orange Tan, Jeff Chin, Natalie Xiao Yu, Alvin Chong dan Owen Yap. Juga terlibat sama ialah pereka fesyen tempatan Eric Choong, Beatrice Looi dan Venie Tee.
Sempena ulangtahun ke-20 ini World Vision Malaysia melancarkan tema ‘Giving Hope, Changing Lives’ untuk mengajak orang ramai untuk bersama menderma melalui aktiviti yang bakal dijalankan:
- 20A Ambassadors – 20 penderma, penaja dan sukarelawan yang telah membawa harapan baru dan mengubah hidup kanak-kanak akan dianugerahkan oleh badan NGO.
- Changing 6,000 Lives in 200 Days – kempen yang mencari penaja untuk 6,000 kanak-kanak melalui WVM’s Child Sponsorship Programme dan memberi masa depan yang lebih baik untuk mereka.
- LOVE.CHILDREN – kolaborasi bersama empat pereka fesyen Datuk Zang Toi, Eric Choong, Beatrice Looi dan Venie Tee dalam mereka T-shirt khas LOVE.CHILDREN. T-shirt akan berada di pejabat WVM di Kelana Jaya, pameran bergerak dan atas talian di www.lovit.my/love.children.wvm.
- Love Conquers All – majlis makan malam kebajikan dibarisi oleh pelakon dan pelawak Gurmit Singh dan penyanyi Francissa Peter juga persembahan seni pasir oleh Leong Bee.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif dari WVM’s 20A dan aktiviti yang boleh anda turut sama sertai layari www.worldvision.com.my.