Jika sebelum ini, suara-suara wanita disorok kini mereka diangkat menjadi pemimpin bagi sebuah negara dan ada juga yang diberi jawatan ketua dalam pertubuhan dunia. Sepanjang bulan bagi setiap tahun ada sahaja sambutan hari khas untuk menyambut ‘penyeri’ dunia ini. Tapi kebiasaannya kita hanya menyambut Hari Wanita Sedunia sahaja.
Tahukah anda? Ada lebih 15 tarikh istimewa untuk disambut sebagai seorang wanita. Anda boleh cetak senarai yang Wanista sediakan ini sebagai peringatan untuk meraikannya bersama rakan-rakan dan keluarga perempuan anda.
Hari Hijab Sedunia – 1 Februari
Hari Kanak-kanak Perempuan – 2 Februari
Hari Wanita dan Kanak-kanak Perempuan Didalam Dunia Sains – 11 Februari
Hari Wanita Sedunia – 8 Mac
Hari Ibu – Hari Ahad minggu kedua bulan Mei
Hari Bidan Sedunia – 5 Mei
Hari Jururawat Sedunia – 12 Mei
Hari Keluarga Antarabangsa – 15 Mei
Hari Kebersihan Haid – 28 Mei
Hari Kanak-kanak Sedunia – 1 Jun
Hari Ibubapa Global – 1 Jun
Hari Ibu Tunggal Sedunia – 23 Jun
Hari Penyusuan Dada Sedunia – 1 Ogos
Hari Persahabatan Sedunia – 3 Ogos
Hari Belia Antarabangsa – 12 Ogos
Hari Kesaksamaan Wanita – 26 Ogos
Hari Kanak-kanak Perempuan – 11 Oktober
Hari Wanita Luar Bandar Sedunia – 15 Oktober
Hari Menentang Keganasan Keatas Wanita – 25 November
Sambutan tarikh sedemikian bukan sahaja memberi penghormatan kepada kaum wanita malah memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang isu-isu semasa yang dihadapi oleh wanita. Hargai diri, rakan, keluarga dan wanita seluruh dunia kerana dunia ini amat menghargai dan mengagumi siapa anda!