BETADINE, jenama yang dipercayai di seluruh dunia telah melancarkan rangkaian BETADINE Daily Feminine Wash Foam dan BETADINE Daily Feminine Liquid Wash telah dicipta khas untuk melengkapi kegunaan kebersihan dalaman kaum wanita setiap hari. Formulasinya yang lembut menjadikan ia sesuai digunakan setiap hari dimina ia mencipta secara eksklusif untuk menjaga bahagian intimasi dan sensitif kaum wanita.
BETADINE Daily Feminine Wash meransang keseimbangan pH semulajadi di bahagian intimasi dimina ia membantu menjaga persekitaran yang sihat untuk bakteriabaik yang melindungi dan menentang ketidakselesaaan bahagian intimasi wanita.
“Penjagaan bahagian intimasi seringkali dipandang remeh dan kebanyakan isu yang berkait rapat sentiasa dipandang ringan sehingga ia menjadi semakin buruk. Selain lambakan produk kebersihan yang sedia ada, kebanyakan kaum wanita tidak gemar bercakap mengenai penjagaan kebersihan wanita dan sering mencari informasi mengenai hal daripada sumber yang mempunyai pandangan yang berbeza,” kata Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar. “Akibatnya, maklumat yang diperolehi mereka mungkin tidak membantu dan kebanyakan mereka akhirnya menggunakan produk yang tidak dicipta khas untuk menjaga kebersihan bahagian intimasi.”
Misalnya sabun badan adalah bukan merupakan penyelesaian sempurna bahagian intimasi dan mampu menyebabkan ketidakseimbangan nilai pH, Datuk Dr Nor Ashikin menasihatkan kaum wanita untuk bijak memilih produk yang kaya dengan kandungan semulajadi dan prebiotik dalam usaha melindungi bahagian intimasi daripada pelbagai simptom yang tidak diingini yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan pH.
Diformulasikan dengan Tri-Care, yang merangkumi Immortelle, SyriCalm dan Deoplex dengan prebiotik, ia mengekalkan persekitaran yang sihat buat bahagian intimasi wanita untuk memberikan keseimbangan pH semulajadi. Untuk mengukuhkan formula Tri-Care, BETADINE Daily Feminine Wash mengandungi prebiotik dikenali sebagai Biolin bahan yang merangsang pertumbuhan bakteria baik dan ia biasanya boleh didapati dalam madu, pisang, bawang putih, bawang merah dan serat. Selain mengekalkan keseimbangan pH yang optimal, Biolin turut menyokong dan memberi fungsi imun dan melindungi bakteria jahat daripada terbentuk.
Dianggap sebagai produk penjagaan kebersihan wanita yang unik, BETADINE Daily Feminine Wash Foam memiliki format pengepaman buih yang direka khas untuk memudahkan pengguna wanita. Selain mudah digunakan, pam tersebut menjimatkan dalam setiap kali kegunaan dan tekstur buihnya juga sangat mewah dan lembut pada kulit.
Kedua-dua produk ini boleh didapati pada harga RM 30.90 / RM 19.90 (250ml / 100ml) untuk BETADINE Daily Feminine Wash Foam dan RM 32.90 / RM 9.90 (300ml / 50ml) untuk BETADINE Daily Feminine Liquid Wash di semua rangkaian farmasi dan kesihatan yng bertauliah diserata negara.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk BETADINE Daily Feminine Wash, boleh layari laman sesawang myfemcare.com.my atau hubungi bahagian khidmat pelanggan di talian 03 7946 0606
Laman Web : my.betadine.com/my/home
Laman Mikro : myfemcare.com.my
Facebook : www.facebook.com/BetadineMalaysia
Hashtag : #HonestyEmpowerUs #BETADINEMY #BETADINEFeminineCare