Panda jagaan tertua didunia telah mati pada umur 38 tahun di taman tema Hong Kong dimana ia tinggal sejak 17 tahun yang lepas.
Keadaan panda tersebut sudah nazak, ia tidak mahu makan atau tidur malah ia juga tidak dapat mengerakkan badannya sendiri, menurut kenyataan dari Ocean Park Hong Kong.
“Ini lah hari yang kita jangka akhirnya tiba juga, amat menyedihkan semua orang di taman, terutamanya penjaga yang menjaga Jia Jia selama ini” kata Leo Kung, Pengerusi Ocean Park.
Pada tahun 2015, Jia Jia telah disenaraikan dengan dua rekod Guiness World iaitu ‘panda jagaan tertua yang masih hidup’ dan ‘ panda jagaan tertua’ ketika hari jadi yang 37 tahun ia.
Menurut Guinness World Records, hayat hidup seekor panda antara 18-20 tahun atau 30 tahun jika ia didalam jagaan, jadi Jia Jia telah hidup dengan baik.
Dunia pasti merindui Jia Jia.