Sempena Global Handwashing Day kali Ke-9 yang disambut pada 15 Oktober setiap tahun, Lifebuoy menggalakkan perubahan tingkah laku di kalangan rakyat Malaysia dalam usaha memupuk amalan menjaga kebersihan tangan bagi mengekang jangkitan yang boleh membawa maut. Penyakit yang berjangkit melalui sentuhan boleh disebarkan secara langsung menerusi sentuhan dengan orang yang berjangkit, bendalir badannya atau permukaan yang tercemar.
Golongan yang mempunyai tahap kesihatan yang terjejas atau kanak-kanak dengan sistem imun yang lemah berisiko dijangkiti penyakit, seperti selesema, cirit-birit, difteria atau penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Baca artikel : PENYAKIT KAKI,TANGAN,MULUT PADA BAYI & KANAK2 – PUNCA,SIMPTOM & CARA PENCEGAHAN
“HFMD ialah satu penyakit yang boleh bertambah teruk dan mengancam nyawa pesakit, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil, virus tersebut boleh menjangkiti otak. Biasanya, ulser dalam mulut menyebabkan pesakit tidak mahu makan dan mereka boleh mengalami dehidrasi. Luka-luka di kulit boleh menjadi gatal di kawasan tertentu dan boleh dijangkiti apabila tercalar.
“Penyakit ini biasanya dialami oleh kanak-kanak prasekolah, yang sebahagian besar daripada mereka masih tidak tahu betapa pentingnya kebersihan tangan. Jika kanak-kanak yang dijangkiti dihantar ke sekolah, kemungkinan wabak ini merebak menjadi lebih tinggi sama ada di sekolah atau di kalangan adik-beradik di rumah. Walaupun menyedari ianya boleh berjangkit, ibu bapa tetap menghantar anak mereka ke prasekolah atau taska untuk memudahkan kerja mereka,” kata Dr. Zulkifli Ismail, Pakar Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Selangor.
“Tangan adalah agen penyebaran bakteria dan virus. Mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun amat perlu pada lima titik kebersihan tangan sepanjang hari untuk mencegah penyebaran kuman. Orang ramai mengamalkan konsep ‘bilas tetapi bukan mencuci’, kerana mereka menganggap bahawa membilas tangan dengan air sudah cukup untuk membersihkan tangan. Tetapi tanggapan ini tidak tepat. Jurang antara mengetahui dan melakukan ialah perkara yang perlu ditangani di negara ini,” kata Dr. Kamarul Azahar, Perunding Penyakit Berjangkit, Hospital Kuala Lumpur.
Sebagai jenama dengan matlamat khusus, Lifebuoy mempunyai wawasan untuk mewujudkan satu gerakan yang boleh mempengaruhi kehidupan secara positif menerusi pendidikan mencuci tangan. Jenama ini telah cuba membudayakan amalan mencuci tangan yang betul di sekolah rendah dan juga tadika selama ini.
Semenjak 2011, Program Mencuci Tangan “School of 5” anjuran Lifebuoy telah membabitkan penyertaan 1 juta orang di Malaysia. Program ini dirangka untuk menggalakkan perubahan tingkah laku menerusi lima aspek tanpa sebarang tolak ansur, termasuk pengukuhan positif, demonstrasi ‘glow germ’ dan diari 21 hari. Dalam pada itu, Lifebuoy juga telah memulakan ‘Program Mentor Tangan Bersih’ tahun ini, terutamanya di Johor, Melaka dan Selangor – negeri yang mengalami wabak HFMD. 869 guru dari 552 sekolah telah dilatih untuk membantu kanak-kanak membentuk amalan mencuci tangan menerusi program di atas.
Untuk info lanjut tentang Lifebuoy, termasuk inisiatif tanggungjawab korporat dan warisannya, sila ke laman www.unilever.com @ www.facebook.com/LifebuoyMalaysia.