Memanfaatkan hampir 80,000 kaki persegi, EnerZ Indoor Extreme Park adalah salah satu taman tema sukan ekstrem terbesar di Asia. Meskipun berada di bawah bumbung, anda masih bisa merembeskan peluh, bermain secara sihat dengan mengaplikasikan permainan-permainan menarik seperti platform bewarna, tali bergantung, dinding menegak, variasi arena untuk bermain yang pastinya menjanjikan kepuasan yang nyata.
Ianya juga sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hinggalah dewasa yang bukan sahaja ingin berseronok malahan membutuhkan senaman optimum.
Sukan ekstrem kian mendapat tempat di hati warga Malaysia, walau bagaimanapun aspek keselamatan sering kali dilupakan dan tidak dijamin sepenuhnya jika seseorang bermain di kawasan yang berisiko meragut nyawa. Di EnerZ Indoor Extreme Park, keselamatan dan keseronokan pengunjung adalah diutamakan bahkan dalam masa yang sama, EnerZ sangat komited mahu menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersukan lebih-lebih lagi melibatkan diri dalam sukan jenis ekstrem.
Tonton Video Pengenalan EnerZ Indoor Extreme Park
Antara aktiviti yang disediakan adalah termasuk trampolin, bola beracun, foam pits, bola keranjang serta gelangang badminton untuk para pengunjung bermain badminton dalam keadaan yang sedikit unik. Untuk pengetahuan anda lagi, EnerZ Indoor Extreme Park juga amat sesuai untuk dijadikan tempat santai bersama ahli keluarga secara berkumpulan.
Jika syarikat atau institusi pengajian yang bercadang untuk menganjurkan bengkel kerja dalam kumpulan (team building), EnerZ Indoor Extreme Park mungkin menjadi tempat yang strategik untuk menguatkan ukuwah satu sama lain bagi melahirkan keyakinan diri jitu, semangat setia kawan, kerjasama, dan lain-lain. Tidak ketinggalan, EnerZ Indoor Extreme Park turut menyediakan ruangan bilik khas untuk anda dan keluarga menganjurkan parti keramaian tahu?
Untuk keterangan lanjut, sila layari enerz.my atau hubungi 011 1500 0066. Anda yang berminat boleh mula membuat tempahan pas masuk secara atas talian yang ditawarkan pada harga bermula RM49.00 seorang. Harga berlainan akan dikenakan untuk pengujung yang datang secara berkumpulan melebihi lapan hingga 20 individu.