Semakin berumur, memiliki kulit halus tanpa cela adalah impian bagi semua golongan wanita. Jenama rangkaian kecantikan FACE inc dari Perancis ini mengetengahkan solusi mudah untuk memulihkan kondisi kulit yang terjejas dek kerana masalah berkaitan dermatologi atau penyakit kulit yang lazim.
Untuk wanita yang kian berusia, kehilangan keanjalan kulit semula jadi sedikit sebanyak mendorong diri individu untuk tampil kurang berkeyakinan. Justeru, FACE inc keluar dengan tiga lagi produk bermutu yang mengandungi khasiat bermanfaat untuk merangsang penghasilan kolagen sekaligus mengembalikan kulit yang muda remaja secara berkesan!
Rangkaian The Face Inc Rejuvenate Regime yang terdiri dari tiga produk utama termasuklah Cell Renewel, Collagen Boost dan Antioxidant akan bantu melembapkan kulit dari dalam menggunakan bahan kandungan yang aktif untuk memelihara kolagen kulit dari menjadi rapuh serta merangsang pertumbuhannya.
Cell Renewel 30ml (RM198.00)
Sejenis cecair esen yang tidak berwarna ini bertindak untuk merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit sekaligus mengurangkan kedutan halus serta memulihkan kembali tona tidak sekata pada tekstur kulit. Ia mengandungi ramuan ekstrak daun teh hijau iaitu sumber antioksidan paling hebat serta agen anti-penuaan.
Collagen Boost 30ml (RM288.00)
Cairan seperti susu yang tidak melekit ini mengandungi Argireline iaitu komponen yang bisa mengurangkan kedutan yang disebabkan dari tindak balas ekspresi muka serta memberi kenajalan optimum kepada kulit. Dalam masa yang sama, Collagen Boost akan memelihara kolagen dari menjadi rapuh serta merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru.
Antioxidant (RM268.00)
Sejenis gel lut sinar yang mengandungi Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta keanjalan pada kulit wajah.
Bukan itu sahaja, gel antioksidan ini turut berkesan untuk membantu mengawal kulit dari terjebak dengan ciri-ciri penuaan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari thefaceinc.com/MY atau lawat laman Facebook FACE inc Malaysia di www.facebook.com/thefaceincmalaysia. Semua produk dan rangkaian penjagaan wajah FACE inc boleh dibeli dari cawangan gedung kecantikan dan kosmetik SASA di seluruh Malaysia.