Bagi anda yang menggemari sarapan bijirin dan oat, pastinya agak bosan jika hanya makan bijirin tanpa sebarang topping ataupun makanan tambahan lain. Jadi bagi anda yang ingin menambah zat dan vitamin ke dalam menu sahur anda, berikut adalah beberapa cadangan topping berkhasiat yang boleh anda letakkan bersama sarapan bijirin anda.
1. Biji Chia dan Flaks
Biji flaks merupakan makanan tambahan popular dari segi kesihatan, akan tetapi ramai yang tidak tahu khasiat biji Chia. Chia mempunyai dua kali ganda jumlah lemak sihat omega-3 iaitu dengan hampir dua kali ganda serat dan lebih sedikit protein daripada biji flaks. Lebih baik lagi, anda tidak perlu untuk mengisar biji chia kerana ia boleh dihadam keseluruhan. Chia juga mempunyai rasa yang neutral.
2. Buah Beri Biru
Lupakan buah-buahan kering, yang terlalu tinggi kandungan gula di dalamnya, dan pilih buah-buahan segar yang dihiris kecil dan dipotong seperti buah-buahan tropika. Walau bagaimanapun, bagi yang sukakan buah yang lain dari yang lain, anda boleh pilih untuk meletakkan buahan segar seperi blueberry ataupun beri biru. Terdapat pelbagai manfaat beri biru iaitu membantu melawan penyakit jantung, meningkatkan daya ingatan, memerangi tekanan oksidatif senaman dan juga menggagalkan sel-sel kanser.
3. Biji Labu
Biji labu terkenal kerana ia bermanfaat untuk kesihatan prostat. Kajian menunjukkan biji labu mempunyai ciri-ciri yang menghalang pertumbuhan tumor dan kanser. Biji labu juga tinggi kandungan zink, vitamin E dan tryptophan, sejenis asid penting yang membantu mengawal mood.
4. Serbuk Kulit Kayu Manis
Serbuk kulit kayu manis merendahkan paras insulin, yang membantu pengurangan gula darah. Dan kayu manis merupakan cara terbaik untuk mengimbangi kandungan gula di dalam bijirin anda.
5. Badam
Jika anda sedang mencari kacang yang sihat untuk dicampurkan bersama sarapan anda, pilihlah badam. Badam mempunyai profil asid lemak kacang terbaik, dan boleh membantu mencegah penyakit jantung. Badam juga tinggi kandungan nutrien yang penting seperti vitamin E dan magnesium, dan juga agak tinggi dari segi kandungan serat.