Anda dan sedia untuk menyelinap ke alam fantasi di mana anda bisa menjadi sesiapa sahaja yang anda mahukan? Ya, ia penuh dengan kejutan! Sekian lama, Barbie telah menjadi permainan yang sangat ikonik buat kanak-kanak perempuan sejak pengenalannya pada tahun 1959.
Pelbagai jenis karakter Barbie yang telah dikeluarkan oleh Mattel termasuklah ikan duyung, askar, seorang puteri, superhero malah angkasawan. Secara tidak langsung, Barbie telah bantu mendorong kanak-kanak yang bermain dengannya untuk terus berimaginasi, mengejar impian tanpa had.
Oleh yang demikian, bermula seminggu dari sekarang, sebuah pameran Barbie: World of Endless Possibilities akan berlangsung, bertempat di Sunway Pyramid, Subang Jaya dari 6-12 Jun 2016.
Dalam pameran itu, pengunjung bakal melihat lebih 200 patung Barbie yang disusun rapi dalam almari dan rak kaca eksklusif. Bahkan, kanak-kanak perempuan yang mengambil bahagian boleh menyertai variasi aktiviti menarik seperti bengkel interaktif, menghias kek cawan dan banyak lagi.
Alami kenikmatan untuk dikejutkan sekaligus melihat pameran -terdiri dari patung-patung berdasarkan 6 jenis tema mengujakan yang memperlihatkan barisan Barbie sebagai ikon global!
“Kanak-kanak lebih cenderung untuk mempelajari sesuatu dan lebih cepat memproses maklumat ketika waktu bermain. Tidak kisahlah jika kanak-kanak tersebut berangan untuk menjadi doktor, seorang ibu, ikan duyung mahupun adiwira sekalipun, imiginasi adalah senjata yang paling kukuh untuk maju dalam memimpin dunia kehadapan. Matlamat utama Barbie adalah untuk menggalakkan kanak-kanak perempuan menjadi apa sahaja”, jelas Pengurus Bahagian Negara untuk Mattel Asia Tenggara.
“Pameran ini turut diadakan sebagai inisiatif untuk memberi inspirasi kepada daya imaginasi kreatif yang dilahirkan kanak-kanak”, tambahnya.
Tahukah anda Barbie sebenarnya telah banyak memberi inspirasi kepada bukan sahaja kanak-kanak malah seluruh warga dunia yang bercita-cita besar. Sebelum Neil Armstrong menjejakan kaki ke bulan, Barbie angkasawan telah dicipta terlebih dahulu dan terkini Barbie sekali lagi memperluas kuasanya dengan kemunculan rangkaian koleksi Fashionista dengan memperkenalkan beberapa jenis Barbie yang mempunyai bentuk badan ideal termasuklah gempal, tinggi dan kecil. Malah setiap satu darinya mempunyai 23 tona kulit yang lebih realistik seperti manusia biasa.
Jangan ketinggalan untuk melihat sendiri 23 jenis Barbie siri Fashionista baharu yang akan menyertai ratusan Barbie lain pada acara pameran ini nanti! Anda juga boleh membeli terus Barbie siri Fashionista baharu tersebut di gerai yang akan dibuka di sekitar kawasan pameran atau di mana-mana gedung permainan mahupun seksyen permainan dalam pusat membeli-belah yang menjual produk Barbie keluaran Mattel.
Pameran Barbie: World of Endless Possibilities bakal berlangsung dari 6-12 Jun 2016, bermula jam 10am hingga 10pm, hanya di Orange Concourse, Sunway Pyramid. Untuk keterangan lanjut, sila layari barbie.mattel.my dan lawat www.facebook.com/officialbarbiemalaysia.