Sejak penghujung tahun lepas, ramai yang memendam perasaan geram sebab sukar untuk mendapatkan sumber alat solek yang dikeluarkan oleh ratu pujaan ramai si Kylie Jenner! Mana tidaknya, sebaik sahaja dilancar dan dijual melalui platform atas talian, belum sampai satu jam pun telah habis semua stok KYLIE Lip Kit dijual!
Olesan warna gincu unik KYLIE Lip Kit itu buatkan ramai anak gadis serata dunia meroyan! Apatah lagi apabila konsistensi cecair gincu itu akan berubah menjadi matte sebaik sapuan mula mengering di bibir. Tidak dinafikan, memang cantik hasilnya!
Namun begitu, agak sukar untuk para “makeup junkie” di Malaysia mendapatkan sumber jenama solekan terbaik dari luar negara, termasuklah KYLIE Lip Kit ini. Untuk memberi jalan penyelesaian kepada anda, Wanista nak berkongsi tips bagaimana anda boleh mendapatkan gincu dari jenama lain yang memiliki olesan warna seakan-akan dari siri gincu matte KYLIE Lip Kit!
#1 KYLIE Lip Kit Dalam Rona 22 VS Loreal Paris Infallible matte FX Lip Color Dalam Rona Disturbia
#2 KYLIE Lip Kit Dalam Rona Candy K VS M.A.C Velvet Teddy
#3 KYLIE Lip Kit Dalam Rona True Brown VS Charlotte Tillbury Luminous Modern Matte Lipstick Dalam Rona Birkin Brown
#4 KYLIE Lip Kit Dalam Rona Dolce K VS Stila Stay All Day Liquid Lipstick Dalam Rona Dolce
#5 KYLIE Lip Kit Dalam Rona Koko K VS NYX Cosmetics Soft Matte Lip Cream Dalam Rona Istanbul
#6 KYLIE Lip Kit Dalam Rona Kourt K VS Too Faced Melted Liquified Long Wear Lipstick Dalam Rona Villian
#7 KYLIE Lip Kit Dalam Rona Poise K VS Maybelline New York Color Drama Intense Velvet Lip Pencil Dalam Rona Love My Pink
#8 KYLIE Lip Kit Dalam Rona Mary Jo K VS MODELROCK Liquid Last Liquid to Matte Lipstick Dalam Rona Major Betsy
#9 KYLIE Lip Kit Dalam Rona Like VS NYX Cosmetics Butter Gloss Dalam Rona Gingersnap
#10 KYLIE Lip Kit Dalam Rona Literally VS Bobbi Brown Lip Gloss Dalam Rona Nougat
#11 KYLIE Lip Kit Dalam Rona So Cute VS Rimmel London Apocalips Lip Laquer Dalam Rona Nude Eclipse
Oh, ya! Penulis juga ada dengar yang Kylie Jenner sebenarnya menggunakan khidmat kilang sama yang mengeluarkan cecair gincu matte dari jenama ColourPop. Betul ke?
Kalau nak diikutkan, warna KYLIE Lip Kit dan ColourPop ini memang saling tak tumpah! Hmm, jadi apa pendapat anda?
Kalau benarlah kilang yang mengeluarkan KYLIE Lip Kit adalah sama dengan kilang yang memformulasikan cecair gincu matte ColourPop, tak patut sungguh harga yang ditawarkan untuk KYLIE Lip Kit adalah jauh lebih mahal berbanding ColourPop kan?
ColourPop Ultra Matte Liquid Lipstick = $6/unit
KYLIE Lip Kit = $30/unit
Uishh melampau! Padahal warna dan konsistensi sama je. Nama Kylie Jenner tu yang mahal sebenarnya 🙂