Alat kelamin wanita merupakan kawasan anggota badan yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang baik. Ada wanita yang kurang mengambil berat kebersihan alat sulit mereka lalu menyebabkan risiko terkena pelbagai penyakit.
Malah, ianya sangat mudah terdedah dengan sejumlah penyakit seperti radang pelvis atau kelainan pada struktur vagina. Oleh sebab itu, anda perlu membaca dan mengetahui tips-tips menjaga dan merawat alat sulit wanita. Mungkin produk ini jawapan kepada masalah anda.
Beauté de la Botanique FemMist, dirumuskan khas dengan manggis dan manjakani telah direka untuk melegakan simptom-simptom masalah intim wanita seperti kegatalan, keradangan, keputihan, bau yang kurang menyenangkan dan rasa tidak selesa. Didatangkan dalam botol semburan aluminium yang langsing dan sofistikated, FemMist mudah dibawa dan mudah digunakan, hanya semburkan dan alami keselesaan serta keyakinan serta-merta. Simpan FemMist di dalam tas tangan untuk dibawa bersama anda ke mana-mana jua!
Dibangunkan oleh Furley Bioextracts, sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi Malaysia, rumusan semula jadi FemMist yang mengandungi Dermaxan® (ekstrak kulit buah manggis), ekstrak manjakani dan minyak pati lavender mengekalkan keseimbangan pH optimal di bahagian intim anda, sekaligus memastikan kesihatan vagina yang optimal.
Lazim digunakan dalam perubatan tradisional selama beberapa generasi, kajian terkini telah menunjukkan bahawa ekstrak kulit buah manggis – iaitu bahan asas FemMist – juga sesuai sebagai agen anti-keradangan, anti-bakteria, anti-fungus dan anti-viral yang kuat. Sebuah kajian oleh Taylor’s University mendapati FemMist berupaya membunuh candida albicans – salah satu punca utama jangkitan fungus – dan pseudomonas aeruginosa dalam jangkitan saluran kencing (UTIs).
Beauté de la Botanique FemMist disyorkan kepada semua peringkat umur dari gadis muda sehinggalah mereka yang telah menopaus. Tahap hormon berubah dengan usia dan ini boleh memberi kesan kepada bahagian intim seperti kekeringan. FemMist memastikan kawasan intim kekal segar dan juga melembapkan kulit.
Antara manfaat-manfaatnya termasuklah:
- Mengekalkan keseimbangan pH optimal vagina
- Anti-bakteria dan anti-fungus
- Kelegaan segera daripada simptom dan ketidakselesaan akibat jangkitan vagina
- Melegakan kegatalan akibat rambut yang tumbuh ke dalam (ingrown hair)
- Kesan melecet
- Menganjalkan dan memutihkan
- Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
- Semulajadi dan berasaskan air, tidak merengsakan
- Pembungkusan yang tidak menonjol dan mudah dibawa bersama
- Produk diproses dalam premis yang disahkan halal (iaitu, tiada alkohol digunakan di sebarang peringkat proses).
Harga : Beauté de la Botanique FemMist 35ml RM48.00
Cadangan penggunaan : Gunakan tiga kali sehari, atau selepas ke tandas agar kekal segar sepanjang hari.
Layari http://store.furleybio.com/ untuk membeli secara dalam talian, atau untuk menyemak senarai stokis.