Kita semua pasti mempunyai pengalaman bercinta yang tersendiri. Ada yang manis, ada yang perit. Ya, cinta adalah suatu perasaan yang sangat indah! Lebih-lebih lagi apabila cinta itu adalah cinta pandang pertama anda.
Mulalah satu lembaran hidup yang membuatkan anda tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Cinta juga mampu merubah sifat seseorang. Ternyata, ia adalah sesuatu yang sangat magis hingga bisa buat anda terlayang bagai berada di awang-awangan tatkala sedang obses dengan si dia.
Namun begitu, sama ada anda sedar ataupun tidak, cinta yang kita lalui itu adalah merupakan satu fasa yang mengajar erti kehidupan sebenar -KARMA. Dunia sentiasa berputar dan sampai satu masa, kita akan kembali kepada saat permulaan.
Pokoknya, pilihan ada di tangan anda sendiri. Anda yang berkuasa ke atas sebarang keputusan yang hendak dibuat.
Cuba tonton filem pendek berkisarkan tentang definasi cinta sebenar yang rata-ratanya berlaku kepada diri kita ini. Sedikit sebanyak ia mungkin akan memberi manfaat kepada anda dan sayang, cinta itu tidak selalunya indah seperti yang sering digambarkan dalam novel romantik, cerita dongeng mahupun siri drama sinetron.
Tonton Filem Pendek Strangers Again oleh Wong Fu Productions
Perjalanan ceritera cinta terdiri daripada beberapa peringkat dimulai dengan diri masing-masing yang hanya sekadar berstatus orang asing… malah, jika tersilap langkah, you are going to be strangers, again. Just like how you started. Dalam sesebuah hubungan intim antara lelaki dan wanita, cuma hanya ada dua pilihan iaitu sama ada anda mahu BERKAHWIN ataupun MEMUTUSKAN HUBUNGAN tersebut.
Jadi, walau apa pun yang terjadi, beringatlah untuk sentiasa kuatkan diri dan maju ke hadapan. Kenangan itu akan tetap menjadi sesuatu yang berharga buat diri dan sesungguhnya, berterima kasihlah kepada sang pencipta kerana anda diuji sebegitu rupa. Cinta mengajar kita erti kehidupan sebenar #nohatesonlylove 🙂