Peminat muzik Bollywood pasti akan terhibur! Buat pertama kali di Asia, dua bintang terkenal yang paling hebat dan paling disukai ramai dalam industri ini, Sonu Nigam dan Atif Aslam, akan berkongsi pentas untuk membuat persembahan eksklusif selama satu malam sahaja pada 22 Januari 2016.
Dibawakan oleh Hitman Solutions, Shaam-e-Dostana akan memaparkan lagu-lagu pupular yang menjuarai carta seperti Suraj Hua Madam (OST – Kabhi Kushi Kabhi Gham) dan Kal Ho Na Ho (dari filem yang sama) daripada Sonu Nigam dan Pehli Nazar Mein (OST – Race) serta Bakhuda Tum Hi Ho (OST – Kismet Konnection) daripada Atif Aslam. Persembahan ini pasti akan menghiburkan para peminat mereka bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau ini.
Melodi suara Sonu Nigam, salah seorang penyanyi latar terhebat dan paling berjaya dalam industri filem Hindustan, diikuti dengan kualiti dan julat suaranya yang mantap, sering dianggap setanding dengan suara penyanyi lagenda, Mohammad Rafi. Sonu yang mewarisi bakat bapanya, penyanyi lagenda, Agam Kumar Nigam, sebelum ini pernah menyanyi untuk nama-nama bintang terkenal seperti Dato’ Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Hrithik Roshan.
Sementara itu, vokal Atif Aslam yang sungguh bertenaga dan penyampaian sepenuh perasaan, yang dicelah dengan lawak yang mencuit hati telah memasyhurkan nama bintang paling hebat di Pakistan ini. Atif yang terkenal dengan teknik lenggok vokalnya yang mantap mempunyai personaliti yang mesra serta bersikap bersunguh-sungguh terhadap bakat seninya. Beliau turut menampilkan diri sebagai seorang wira zaman moden yang menjadi pujaan serta dihormati ramai golongan muda di Asia Tenggara.
Shaam-e-Dostana akan bermula pada pukul 7.00 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Tiket untuk persembahan satu malam sahaja ini dijual pada harga dari RM80 melalui http://www.carnivalentertainment.info. Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai konsert ini, layari laman http://www.carnivalentertainment.info atau singgah di https://www.facebook.com/hitmansolutionsasia.