Dipacu oleh keinginan untuk mencipta sesuatu yang baru namun dalam masa yang sama masih lagi mengekalkan ciri pengenalan jenamanya, Adidas kini muncul dengan sepatu sneakers yang diberi nafas baru, Originals NMD.
Ilham bermula berikutan kehidupan harian individu yang kini semakin mencabar dan memerlukan banyak pergerakan, gaya NMD disuntik kedalam rekaan ikon Adidas Original dengan menggunakan teknologi serta pengayaan yang lebih moden.
Inovasi kejuruteraan mikro BOOST dan fabrikasi primeknit diterap sebagai perincian utama Adidas Originals NMD. Sungguh canggih, setanding era generasi alaf baru yang sentiasa mahukan kecekapan luar biasa.
Harga pasaran bermula pada RM720, boleh didapati disemua kedai konsep Adidas Originals Pavilion, KLCC, Sunway Pyramid, Crossover Midvalley, SoleWhat Midvalley serta secara online shop.adidas.com.my bermula 12 Disember.
Untuk maklumat lanjut, sila layari shop.adidas.com.my