Swarovski tidak pernah gagal membuatkan orang terpana dengan rekaan barang kemasnya. Setiap koleksi mempunyai nilai yang tersendiri dimana rekaan kristal berkilau yang dihiasi dengan rona-rona memukau pasti eksklusif dan mewah, sekaligus bisa menjadi penambah seri kepada gaya yang kosong.
Gemerlap sinaran yang dipancar potongan kristal berwarna turquoise, biru kehijaun dan merah jambu terang bakal menjadi sisi utama untuk koleksi Swarovski yang ini. Depetik dari rona-rona bawah laut, ia kelihatan begitu cantik serta berani. Jelas Pengarah Kreatif Swarovski, Nathalie Colin, “Laut adalah sumber kecantikan organik yang tiada tandingannya. Oleh itu, kami ambil lalu menjadikannya inspirasi utama bagi koleksi musim Bunga/Panas sebagai apresiasi kepada kecantikan alam semula jadi. Tiap-tiap satu rekaan menawarkan karakter sofistikasi, ciri feminin serta sempurna untuk digayakan ke acara sekalipun.
Khas buat peminat koleksi gelang tangan klasik kegemaran ramai dari Swarovski, Drawing Stardust dan Slake Bangles, koleksi musim bunga kali ini akan menggabungkan elemen yang ada pada kedua-dua gelang tangan berkenaan dengan memberikannya nafas baru. Ia kelihatan unik dimana kedua jenis gelang berkenaan ditocangkan menjadi satu, menghasilkan gelang tangan menarik malah terdapat dalam pelbagai pilihan warna.
Demi memperlihatakan peredaran musim bunga ke musim panas, Swarovski mengetengahkan rekaan yang diinspirasi dari kehidupan dasar laut seperti pusaran ekor kuda laut, tapak sulaiman dan kerang dengan menggunakan palitan warna terang. Manakala kristal pula dipotong menjadi bentuk asas geometri agar dapat memberi impak yang lebih menonjol. Jika nak kelihatan glamor, akan lebih mempersona jika si pemakai mengenakan baju polos berwarna putih, sudah pasti aksesori Swarovski yang digayakan itu tampak lebih ketara bentuk dan warnanya.
Mungkin ada juga diantara anda yang terfikir untuk mencari hadiah buat kesayangan anda. Swarovski begitu komited untuk menawarkan rekaan-rekaan manis sesuai untuk dijadikan pemberian istimewa pada hari istimewa. Contohnya seperti Hari Ulang Tahun, Sambutan Hari Ibu serta Hari Valentine. Ini kerana Swarovski kerap menghasilkan rangkaian baru yang bertepatan dengan tarikh-tarikh sambutan seumpamanya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.swarovski.com