Bau wangi pakaian yang baru dibasuh, aroma biskut yang dibakar dalam ketuhar, atau haruman semerbak bunga yang sedang mekar memang tidak disangkal dapat mengukir senyuman di wajah kita. Wangian yang mengasyikkan ini menyemarakkan semangat kita, menjadikan kita lebih positif dan bermaya, walaupun kita berada dalam keadaan yang tertekan atau membebankan.
Kleenex® memperkenalkan cara baharu untuk menikmati kelembutannya, dengan seduhan wangian pati minyak ros atau bunga sakura ke dalam Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis, yang memberikan pengalaman yang indah dan bermakna kepada pengguna.
Secara khususnya, wangian bunga-bungaan sememangnya diakui dapat mengggalakkan penampilan yang lebih optimistik dan ini akan memberikan kesan positif apabila berinteraksi dengan orang lain – cuba bayangkan apakah kesan sebungkus Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis kepada seluruh rumah dan pejabat, atau apabila dibawa di dalam beg tangan!
Untuk memperkenalkan keluaran baharu yang mengujakan ini, rakyat Malaysia dijemput menyertai gerakan “kuasa kewangian” melalui aktiviti media social – serlahkan kelembutan dan kewangian dalam kehidupan seharian anda dan kehidupan orang tersayang dengan mendapatkan sampel Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis terbaru di http://powerofscent.kleenex.com.my dan kongsikan mesej-mesej yang menyemarakkan semangat di media sosial dengan hashtag #KleenexPowerofScent.
Dapatkan Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis terbaru dalam bungkusan kotak (RM10.30 untuk empat bungkusan 74 helai dan RM 14.55 untuk empat bungkusan 114 helai) dan pek kecil (RM5.35 untuk empat bungkusan 46 helai).
Untuk lebih maklumat tentang Kleenex®, layari halaman Facebook Kleenex Malaysia.