Festival tahunan Jazz yang paling meriah bakal menggegarkan Malaysia sekali lahi tahun ini. Penang Island Jazz festival (PIJF) akan menyambut ulang tahunnya yang ke -12 dari 3 hingga 6 Disember 2015 ini.
Festival muzik gilang-gemilang ini akan menampilkan lebih daripada 8 pemuzik dan band antarabangsa termasuklah Makiko Hirabayashi Trio disertai Marilyn Mazur yang terkenal dengan alunan drum dan kumpulan perkusi seperti Klavs Hovman sebagai bass, CaboCubaJazz, Tobias Preisig Quartet, Dos Orientales, Angelika Niescrier NOW Trio, Near East Quartet, Anne Paceo Yokai, Nina & The Butterfly Fish, Derek Brown BEATBoX SAX dan sudah pasti, Penang Philharmonic Big Band.
Pelbagai acara menarik lain yang akan diadakan untuk menceriakan lagi persembahan berbentuk muzikal pada acar festival jazz ini. Selain daripada persembahan pentas, terdapat juga persembahan akustik “An Acoustic Evening” bertempat di 23 Love Lane pada 3 Disember, khusus untuk bengkel yang akan dikendalikan artis dan band yang terlibat, termasuklah “The Island Music forums” yang terdiri daripada rakan panel tempatan dan antarabangsa yang akan membincangkan topik hangat disamping bermanfaat bertemakan “Going Beyond”.
Terdapat juga pameran poster yang mempamerkan hasil seni poster selain persembahan menarik oleh “Penang’s Musical Heritage” diikuti pula sesi muzikal yang mempersembahkan muzik dari era tahun 1930-an sehingga 1960-an daripada Northen Jazz Unit dengan penampilan khas VIv Adram, Nurul Rahman, Fred Cheah dan diakhiri dengan alunan muzik jazz yang dibawa oleh CaboCubajazz.
Jika anda berminat, anda boleh mula mendapatkan tiket untuk hadir ke acara persembahan “Jazz by the beach” pada harga RM85.00 – satu malam di www.ticketpro.com.my dan mana-mana pengedar tiket yang mengambil bahagian. PIJF dikuasai oleh rakan radio 988 FM dan Capital FM, para pendengar setia juga berpeluang untuk memenangi tiket percuma untuk ke festival berkenaan melalui peraduan giveaway sepanjang bulan November 2015.
Manakala “after party” PIJF akan berlangsung di Laundry Bar, Curve Kuala Lumpur pada 9 Disember 2015 bersama FuNkCoustics dari Penang, Jumero dan Nina & The Butterfly Fish didatangkan khas dari Norway. Jom, sertai keseronokan sensasi muzik jazz bersama komuniti muzik tanah air dan antarabangsa!
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti sepanjang festival, sila layari www.penangjazz.com dan ikuti perkembangan semasa festival di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube rasmi acara Penang Island Jazz festival (PIJF). Jumpa anda disana!