Samsung telah memperkenalkan produk terbarunya Galaxy Note5 seawal September lepas. Di pasaran Malaysia, Samsung Galaxy Note5 dijual dengan harga RM2699. Jika dilihat pada angka harga itu, sudah tentu ianya tidak mampu milik bagi sesetengah peminat gadget jenama Samsung.
Keunikan Galaxy Note5 berbanding keluarga Note yang lain adalah fungsi penggunaan S Pen yang boleh dikeluarkan hanya dengan menekan. Anda tidak perlu lagi bersusah payah mencungkilnya keluar sebagaimana Note yang sebelumnya.
Mempunyai spesifikasi kamera yang sama seperti Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge, peranti Note5 ini kekal sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik setakat ini. Dengan saiz 16MP dengan aperture F/1.9, setiap gambar yang anda ambil akan kelihatan cantik.
Melalui Note5, Samsung menambah beberapa ciri baru melalui software di mana kini pengguna boleh menggunakan kamera untuk merakam video LIVE terus ke Youtube tanpa perlu menggunakan apa-apa software lain. Pengguna juga kini boleh merakamkan video dalam bentuk collage dan ini salah-satu ciri wajib ada untuk penggemar Instagram.
Selain itu kebolahan merakam dalam saiz 4K (UHD) terus dikekalkan dan ditambah baik. Kamera depannya pula dilengkapi kamera 5MP dan berkeupayaan merakaman video dalam saiz 2K.
Malah, Galaxy Note5 juga turut dilengkapi dengan ciri Fast Charging. Ini membolehkan pengecasan Note5 dari 0% hingga ke 100% hanya dalam masa 90 minit sahaja.
Wireless Charging pada Note5 pula kini menyokong fungsi ‘Fast Charge’ untuk pengguna mengecas Note5 mereka dengan lebih pantas walaupun secara Wireless hanya dengan meletakkan telefon pintar di atas tempatnya.
Samsung Galaxy Note 5 ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM2,699, menyokong dual-sim dan telahpun mula dijual sejak 4 September 2015 yang lalu.