Dapatkan barangan mewah yang terbaik daripada Reebonz untuk diri anda dan yang tersayang untuk gaya terbaik yang akan menjadi aksesori penting di dalam almari.
Sudah terlalu kerap kita menjadi mangsa ‘sindrom membeli-belah saat akhir’ dan cuba untuk mendapatkan aksesori paling menarik tanpa memikirkan sama ada barangan itu boleh dipakai setiap hari atau sebaliknya. Mulakan dengan lebih awal bersama perancangan jelas mengenai apa yang anda perlukan dan bagaimana anda boleh menggayakan aksesori mewah untuk tahun-tahun akan datang.
Warna-warna fesyen terbaru kali ini termasuklah merah, emas, perak dan hitam sebagai warna utamanya.
Merah Menyala
Warna merah sememangnya tidak ditelan zaman dan sesuai untuk digayakan ketika apa sahaja sambutan perayaan. Ia mampu menarik perhatian dan menonjol sama ada di dalam bilik mesyuarat mahupun di parti. Warna merah juga menjadi trend warna utama musim Luruh/Sejuk 2015.
Memilih beg atau kasut berwarna merah sememangnya dapat menarik perhatian kerana ia mampu menonjolkan gaya di sebalik warna hitam atau warna neutral yang lain.
Sebagai contoh, Saint Laurent Classic Monogramme Clutch berwarna merah merupakan satu gaya tarikan yang sempurna untuk menyerlah di parti-parti makan malam atau acara yang elegan.
Aksesori-aksesori berwarna merah boleh menjadi hadiah yang sentimental untuk individu penting dalam hidup anda kerana ia menambah keunikan, walaupun sekadar seutas tali pinggang atau dompet sahaja.
Glamour Emas
Serlahkan sifat diva anda dengan sentuhan aksesori mewah berwarna emas pada hujung tahun ini dan lihat orang lain akan mula mengagumi anda.
Aksesori berwarna emas mungkin kurang sesuai dipakai di tempat kerja, melainkan anda berada dalam bidang kreatif atau pun hiburan. Tetapi, anda boleh menjadikan beg tangan, kasut tumit rata atau tumit tinggi berwarna emas sebagai aksesori penting untuk menghadiri parti atau santai pada hujung minggu, serta menyerlahkan gaya fashionista dalam diri anda.
Jadilah tumpuan ramai dengan sepasang kasut tumit rata Salvatore Ferragamo Varina klasik yang berkilauan. Gayakannya bersama seluar jeans dan kemeja-t berwarna putih atau biarkan aksesori anda lebih menonjol dengan pakaian hitam yang sedondon dan bibir berwarna merah menyala.
Warna putih yang menawan
Pilih warna putih untuk kesederhanaan yang memerlukan penyelenggaraan tinggi. Sama ada berkilat, pudar atau sedikit berkilau, ia sesuai untuk mereka yang sangat yakin bahawa kesan kotoran tidak dapat menembusi aura yang kebal.
Padankan dengan pakaian berwarna hitam untuk perbezaan atau tampil menarik dalam busana putih bersama lapisan berwarna putih. Apa pun pilihannya, ia akan membuatkan gaya anda dicemburui ramai.
Serlahkan kemahiran anda tentang warna putih salji sama ada dengan beg Balenciaga Giant Gold Mini City atau beg sandang Chloe Small Emma.
Maklumat lanjut mengenai Reebonz, sila layari laman web www.reebonz.com.my