BioTHIK®, jenama penjagaan rambut secara klinikal yang semakin membangun serta pakar penjagaan kulit kepala selama lebih 15 tahun dalam industri salon, dengan bangganya mengumumkan pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut untuk pengguna yang terbaru di Malaysia.
Jenama yang dikenali sebagai BioTHIK® Active, rangkaian tri-sistem penjagaan klinikal untuk kegunaan di rumah, Clinicare Tri-System adalah dirumus khas untuk memulihkan kesihatan rambut dari kulit kepala bagi menghasilkan rambut yang padat, tebal cantik.
Rozzana Chung, pakar trichologist, berkata: “Keguguran rambut boleh menjadi salah satu masalah yang paling senang disalah fahami, dan menjaga kesihatan kulit kepala adalah benar-benar satu permulaan untuk rambut yang padat, tebal dan cantik. Berikan nutrien yang baik untuk kulit kepala anda dan kenali bahan-bahan dalam produk penjagaan rambut anda. Pilih produk yang tidak mempunyai bahan kimia berbahaya seperti SLS, paraben, wangian sintetik, pewarna tiruan, pada masa yang sama, jangan mengabaikan untuk mendapatkan nasihat para professional”.
BioTHIK® memperkenalkan produk-produk inovasi Clinicare Tri-System yang diuji secara klinikal iaitu fiber penghasilan rambut BioTHIK® Active, semburan fiber perlindungan, pencuci rambut dengan protein keratin BioTHIK® Active, perapi rambut dengan protein keratin BioTHIK® Active dan serum pertumbuhan rambut BioTHIK® Active untuk kaum lelaki dan wanita bagi menyubur serta menjaga kulit kepala dan rambut. Manfaat produk-produk ini adalah berdasarkan sel-sel stem dan rumusan botani serta mudah untuk digunakan. Bahan-bahan yang tidak berbahaya ini tidak memberi iritasi dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit kepala dan rambut.
Rangkaian produk BioTHIK® Active Clinicare Tri-System boleh didapati di kedai-kedai farmasi utama di seluruh negara. Fiber penghasilan rambut BioTHIK® Active boleh didapati pada harga RM90, semburan fiber perlindungan pada harga RM49, pencuci rambut dengan protein keratin BioTHIK® Active pada harga RM49, perapi rambut dengan protein keratin BioTHIK® Active pada harga RM49 dan serum pertumbuhan rambut BioTHIK® Active untuk kaum lelaki dan wanita pada harga RM130 setiap satu.