LG Electronics Malaysia (LG) mengumumkan pelancaran TV Curved 4K OLED buat pertama kali di Malaysia. Hadir dalam paparan bersaiz 65 inci, TV itu menampilkan teknologi paparan tercanggih dengan komponen-komponen yang terdiri daripada butiran diod-diod pancaran cahaya organik.
Paparan tersebut mampu menghasilkan warna hitam yang sempurna dan realistik dalam kualiti Ultra HD untuk pengalaman tontonan yang tiada tandingan.
TV Curved 4K OLED LG – model 65EC970T menerima pengiktirafan tertinggi daripada pakar-pakar industri di seluruh dunia apabila Reviewed.com menyifatkannya sebagai “TV terbaik yang boleh dibeli.” Pilihan Editor Digital Trends pula memberikan skor sempurna kepada LG – “Tidak perlu diperdebatkan, ini ialah TV terbaik yang boleh dibeli.”
TV Curved 4K OLED LG menggunakan teknologi WRGB milik LG. Struktur pikselnya menambah piksel sub putih yang membolehkan julat warna dikembangkan dan memberikan warna yang lebih realistik. TV ini memiliki ciri yang memastikan imej dipaparkan dengan warna hitam dan warna-warna lain yang sempurna, bersama nisbah kontras yang tiada batasan.
Setiap piksel OLED akan menyala dan padam sendiri untuk memberikan perincian terbaik dalam kualiti gambar yang benar-benar mantap. Sebagai contoh, TV Curved 4K OLED LG menawarkan pengalaman menonton filem di dalam panggung wayang atau melihat bintang-bintang paling terang di langit yang gelap. LG berupaya mencapai ekspresi hitam yang sempurna dan tidak akan pernah diperoleh oleh televisyen biasa.
TV Curved 4K OLED LG model 65EC970T boleh didapati di gedung-gedung membeli-belah utama di seluruh negara mulai Oktober dan ditawarkan pada harga RM29,999.00. Maklumat lanjut mengenai TV Curved 4K OLED LG, sila layari laman web www.lg.com.my.