Dua beradik tiri yang saling bercinta mengaku membunuh ibu bapa mereka dan memberi makan daging pasangan itu kepada anjing peliharaan mereka.
Perbuatan Leandro Acosta, 25, dan adik perempuan tirinya Karen Klein, 22, itu terbongkar selepas seorang anggota keluarga mangsa menghubungi polis kerana mengesyaki sesuatu tidak kena apabila tidak dibenarkan masuk ke rumah berkenaan.
Polis menemui sebahagian tulang belakang serta pinggul ibu Leandro, Miryam Kowalczuk, di dalam baldi cat di rumah mereka di Pilar yang terletak di pinggir ibu negara Bueons Aires.
Mereka turut membunuh bapa Karen, Ricardo Klein, kerana pasangan itu kerap mendera dua adik mereka yang juga pasangan kembar berusia 11 tahun hasil perkahwinan dengan Miryam.
Selain itu, Acosta mengaku menjamah daging bapa tirinya sambil dia memberikannya kepada enam anjing peliharaan keluarga itu.
Karen berkata, mereka membunuh ibu bapa terbabit ketika dua adik mereka bersekolah. Katanya, Acosta menembak Klein yang sedang tidur sebelum melepaskan tembakan terhadap Miryam yang datang memeriksa.
Mayat kedua-duanya kemudian dicincang dan sisa yang tidak diberikan kepada anjing dibakar.
Peguam bela Acosta, Monica Chirivin berkata: “Dia tidak menyesali perbuatannya, malah rasa lega kerana menganggap bebas daripada beban ditanggung sejak kecil.
“Dia memberitahu saya dia menjamah mayat bapa tirinya, malah agak menyukainya.”
Acosta menghidap masalah usus yang kronik dan sepanjang hayatnya terpaksa menggunakan beg kolostomi. Dia mendakwa itu antara punca dia sering didera ibu dan bapa tirinya.
Adik Klein, Roberto berkata: “Abang saya memang pelik dan tidak begitu mengendahkan anak-anak.
“Saya tidak terkejut perkara ini berlaku kerana hubungannya dengan anak tiri memang tidak baik.”