Kejelitaan seorang wanita dilihat sebagai kekuatan dan keberaniannya dalam menghadapi kegetiran.
Kanser payudara tidak memilih mangsa. Menggagahkan diri untuk membuat temu janji dengan doktor dan menjalani penyaringan kesihatan mungkin tidak kelihatan sebagai suatu usaha hebat bagi kebanyakan orang, namun langkah kecil ke arah pengesanan awal ini boleh menyelamatkan jiwa.
Dengan berpegang kepada konsep ini, Royal Selangor melancarkan #RSPINKchallenge, iaitu kempen kesedaran kanser payudara 2015.
Matlamat utama #RSPINKchallenge ialah membangkitkan kesedaran satu foto satu masa. Dari 1 – 31 Oktober 2015, bagi setiap selfie #OOTD (penampilan merah jambu hari itu) yang diposting dalam Instagram dengan hashtag #RSPINKchallenge, Royal Selangor akan menyumbangkan RM10 kepada BCWA (Persatuan Kebajikan Kanser Payudara) Malaysia.
Sumbangan ini bukan sekadar bermaksud membangkitkan kesedaran terhadap penyakit ini, bahkan juga suatu cara bagi BCWA meneruskan usaha murni buat pesakit dan keluarga.
Di samping #RSPINKchallenge, Royal Selangor akan meneruskan akuan janjinya untuk menyumbang sebahagian hasil jualan koleksi Pink edisi terhadnya kepada BCWA.
Gubahan khas koleksi ini menampilkan permukaan piuter merah jambu licau yang diserikan dengan pelbagai kristal berkilauan daripada SWAROVSKI® ELEMENTS.
Koleksi ini boleh didapati di semua stor runcit Royal Selangor dan dipesan dalam talian di royalselangor.com.