Sebanyak 20 kawasan seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara ( IPU) tidak sihat setakat 10 malam tadi.
Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, Shah Alam, Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 156.
Kawasan lain yang turut merekodkan tahap tidak sihat ialah Pelabuhan Klang (155), Petaling Jaya (143), Banting (133) dan Kuala Selangor (126).
Batu Muda dan Cheras, Kuala Lumpur pula masing-masing 154 serta 135 manakala Putrajaya (142).
Di Sarawak pula, Samarahan mencatatkan bacaan IPU 138 diikuti Sri Aman (133) serta Kuching (118).
Tanjung Malim, Seri Manjung dan SK jalan Pegoh, Ipoh, Perak pula masing-masing menunjukkan bacaan 133, 107 dan 111 manakala Jerantut, Pahang pula ialah 113.
Di selatan, bandaraya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka ialah 114 serta 110 manakala Seremban, Port Dickson dan Nilai, Negeri Sembilan bacaan masing-masing ialah 124, 110 serta 104.