Jenama kecantikan ikonik, Lux mencetus inspirasi buat kaum wanita supaya keluar dari zon selesa mereka untuk tampil lebih menyerlah dan menawan.
Rangkaian Lux Magical Spell merupakan kegemaran ramai yang mampu menawarkan pengalaman mandian yang mewah dan memberikan keharuman yang memikat.
Lux Magical Spell memberikan keharuman yang kekal sehingga 8 jam sekaligus menjadi inspirasi kepada para pengguna Lux untuk keluar dari zon selesa dan tampil menyerlah dan menawan – terutamanya kepada mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
Kehadiran bunga Orkid Hitam yang mengasyikkan dalam Lux Magical Spell mempesonakan mereka yang ada di sekeliling.
Rumusannya daripada penghasilan Minyak Juniper yang di adun sempurna bersama kayu kehitaman, ambar emas dan tumbuhan biji vanilla yang berfungsi untuk memberikan keharuman yang menyerlah dan mengekalkan wangian sehingga 8 jam sekaligus membangkitkan keyakinan dalam diri mereka untuk memberikan pengalaman baru untuk tampil menyerlah dan menawan.
Lux Magical Spell boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi dan kedai terpilih. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala isian semula 600ml berharga RM8.90.
Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Lux, layari www.facebook.com/LuxMalaysia.